Thursday, August 31, 2017

CEDERAKAN PENUMPANG - SPAD BERTINDAK TEGAS





Melampau ! Itulah perkataan yang sewajarnya terhadap seorang pemandu yang mencederakan penumpangnya. Tidak sewajarnya seorang pemandu yang sepatutnya menjaga keselamatan penumpangnya namun sebaliknya mencederakannya pula gara-gara membuat laporan kerana dia tertidur. Tahukah pemandu tersebut kelalaiannya boleh mengundang bahaya. 

Pemandu kepada syarikat Express Senibudaya (M) sdn. Bhd. sepatutnya mempraktik budaya hormat kepada pelanggan sepertimana nama syarikatya. 

Dalam kejadian tersebut pemandu bas syarikat tersebut telah memukul seorang penumpang kerana menegurnya yang tertidur ketika memandu sehingga menyebabkan penumpang tersebut cedera. 

tindakan pemandu ini sangat melampau dan sewajarnya dikenakan tindakan undang-undang. Menjadi peringatan kepada mereka yang lain agar jangan sewenang-wenangnya bertindak mengikut perasaan. 

Hasil daripada maklumat, SPAD akan mengambil tindakan terhadap pemandu dan juga syarikat pengendali. Ia semua akan bergantung kepada hasil siasatan.  Jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5000 dan/atau penjara sehingga 2 tahun dan berkemungkinan lesen digantung atau dibatalkan. 

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau lebih dikenali sebagai Akta 514 menyatakan dengan jelas bahawa setiap maji­kan, pekerja dan kerajaan memiliki tanggungjawab dan tugas masing-masing dalam meletakkan keutamaan kepada keselamat­an semasa menjalankan operasi peng­angkutan awam.

SPAD, PDRM dan JPJ peru  terus melakukan pemantauan serta mengambil tindakan tegas. Perkara seperti ini  tidak boleh dibiarkan, tindakan pemandu kenderaan awam yang bertindak kasar terhadap penumpang merupakan tindakan yang biadap dan tidak boleh dimaafkan kerana mereka sepatutnya menjaga dan memastikan keselamatan penumpang.

Semoga dengan tindakkan tegas ini kejadian seperti ini tidak berlaku lagi dan menjadi pengajaran kepada pemandu-pemandu pengangkutan awam yang lain. 


No comments:

Post a Comment