Monday, February 22, 2016

MODUL BARU DIDIK GENERASI MUDA TENTANG KESELAMATAN


Saban tahun jumlah kemalangan semakin meningkat walau pelbagai kempen dan pendekatan dijalankan oleh kerajaan. Walaupun jumlah kematian agak sedikit menurun pada tahun 2014 (6,674) berbanding 2013 (6,915), namun pada tahun 2015 jumlah ini naik kepada 6,706 kematian yang telah dicatatkan. 

Kelihatan jumlah ini agak statik namun dari perangkaan jumlah kemalangan ianya masih tinggi. Jumlah kemalangan tahun 2105 meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. Angka ini amat membimbangkan kerana dari jumlah  ini 1849 kematian dalam usia lingkungan 25 tahun kebawah. 

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan punca kemalangan adalah berpunca dari kecuaian manusia. Jadi apa yang selama ini kita buat hanyalah mendenda dan memberi hukuman. Namun itu tidak cukup untuk mengubah sikap orang ramai dijalan raya. Sesuatu yang berkesan dan efektif perlu dilaksanaka sebelum angka kematian ini menjadi suatu malapetaka dalam negara.

Justeru itu kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan lebih efektif dalam membentuk semula minda masyarakat terutamanya kepada golongan kanak-kanak agar lebih peka terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Bak seperti kata pepatah Melayu , melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kerajaan amat memandang serius dalam usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya. Oleh itu kerajaan mencadangkan agar Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ditambah baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disetiap sekolah diseluruh negara tahun depan. Ini adalah fokus kerajaan dalam usaha mendidik generasi muda akan datang agar mementingkan keselamatan di jalan raya.

Kerajaan juga mengalu-alukan rakyat juga memberi pandangan, pendapat dan buah fikiran bagi memantapkan lagi modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Orang ramai boleh memberi pandangan dan pendapat mereka di laman sesawang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sehingga 17 Mac ini. Ini satu lagi usaha untuk menarik minat masyarakat agar bersama-sama dalam usaha kempen keselamatan Jalan Raya. 

Kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan dalam merangka semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya adalah amat dihargai. Pelan komprehensif yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan adalah sesuai dengan peredaran zaman yang mampu membentuk minda masyarakat terutama pelajar dalam memahami espek keselamatan jalan raya. Ini merupakan satu usahasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah. 

Bukan sedkit perbelanjaan yang dkeluarkan untuk menjayakan program ini. Sebanyak RM42 juta telah diperuntukan untuk  Projek  Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di bawah Racangan Malaysia ke 11. Jumlah ini sudah cukup membayangkan kerajaan begitu serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Jumlah kerugian kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM6.8 bilion.

Ini semua bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Diharap dengan membentuk dari awal akan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, maka generasi akan datang akan lebih berdisiplin, bertimbang rasa dan sopan di jalan raya. 

Apa pun kerajaan cuba laksanakan jika tidak diikuti dengan iltizam dan sikap yang betul dari masyarakat, ianya tidak akan menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha yang murni ini. Saya tidaklah mengharapkan sesuatu yang luar biasa berlaku, namun jika perubhan yang positif - ia sudah cukup mengembirakan.