Sunday, June 11, 2017

DAP SUDAH MELAMPAUI BATAS




Hakikatnya, orang Melayu memang tidak boleh menerima DAP.

Sikap mereka yang jelas anti Islam dan Melayu menyebabkan orang Melayu tidak boleh menerima mereka. Bahkan parti Melayu yang bergabung dengan Pakatan Pro DAP juga menerima tempiasnya.

PKR, PPBM dan PAN yang bersekutu dengan DAP digelar pengkhianat oleh orang Melayu. Begitu dalam sekali permusuhan orang Melayu dengan DAP.

Luka 13 Mei 1969 yang berpunca dari DAP begitu mendalam dan sukar untuk sembuh. Siapa yang boleh lupa tragedi berdarah yang berpunca dari sikap cauvinis melampau DAP yang menghina orang Melayu.


Kata-kata kesat seperti, pergi mati Melayu, Melayu balik hutan dan pelbagai lagi kata nista terhadap orang Melayu tidak akan mudah terpadam begitu saja. DAP adalah agen kepada perosak kedamaian rakyat Malaysia. 

Serangan DAP kepada institusi Islam, seperti JAKIM, JAIS, MAIS, Mufti Pahang bahkan mempertikaikan Titah Sultan menambah luka dihati orang Melayu.


JAKIM menjadi musuh ketat mereka dan selalu diserang. Pada November 9, 2015 Lim Kit Siang bersetuju dengan saranan The Malaysian Insider supaya JAKIM ditutup. 

Mempersoalkan JAKIM seolah-olah mempersoalkan kuasa Yang Dipertuan Agong. Begitulah cara DAP mengajak rakyat bersikap biadap kepada Institusi Islam 

DAP selama ini sentiasa menjadikan JAKIM sasaran serangan mereka dengan mempertikaikan kewujudan dan fungsinya. Bahaya DAP bukan sahaja kepada kelangsungan kuasa UMNO, bahkan kepada Melayu dan Umat Islam keseluruhannya.

Tindakan DAP yang mendewakan pengganas komunis seperti Chin Peng bagaikan duri sembilu yang menyucuk dihati sanubari bangsa Melayu. Mereka sanggup mengangkat Ketua Pengganas komunis yang membunuh beribu-ribu orang Melayu sebagai Pejuang. Bayangkan jika mereka berkuasa kelak, mungkin orang Melayu pula nanti dianggap sebagai petualang.


Begitulah DAP dengan sikapnya yang tidak pernah memahami sensitivi bangsa Melayu. Sikap permusuhan DAP ini tidak akan pernah berakhir sehingga kerajaan yang memerintah ini masih lagi bangsa Melayu dan Islam.  





Sememangnya DAP anti Melayu dan Islam.
DAP ! you have crossed the line.