Friday, February 8, 2013

DADAH PERISA BUAH KURMA



Pengedar dadah 'buah kurma' didakwa

PETALING JAYA 7 Feb. - Tiga warga Mongolia termasuk sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam sindiket menyeludup masuk dadah jenis heroin dalam bentuk buah kurma dari Pakistan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Zolzaya Nabagkoj, 21, dan teman wanitanya, Barsbaatar Ganbold, 24, didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis heroin yang berat kasarnya 1,022 gram di 71, Jalan SS 15/20 Subang Jaya, dekat sini pada pukul 11.18 pagi, 26 Januari lalu.

Sementara rakan mereka, Bayanjargal Khaliun, 31, didakwa atas dua pertuduhan melakukan perbuatan yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu dituduh mengedar heroin dengan anggaran berat 28.5 kilogram (kg) di 15-04, Spring Villa Kondominium, 71, Jalan SS 12/1 SS15, Subang Jaya, kira-kira pukul 10.34 pagi pada tarikh yang sama.