Thursday, March 23, 2017

TSAM TARIK DIRI, RAKYAT DAN UMNO LEBIH UTAMA



Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengumumkan penarikan dirinya daripada pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di satu sidang media di Parlimen hari ini. Ini memberi makna DYTM Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal Presiden FAM.  

Keputusan itu dibuat setelah  TSAM menimbang semua perkara antaranya termasuklah kesibukan beliau dalam melaksanakan amanah dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada dirinya sebagai ahli parlimen Ketereh. Bahkan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga merupakan dorongan untuk beliau menarik diri daripada pemilihan ini. 



TSAM juga berpendapat adalah lebih baik beliau menumpukan untuk kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan  dalam meningkatkan lagi program bola sepak dari akar umbi bagi melahirkan lebih ramai lagi pemain berbakat daripada kalangan anak negeri. 

Keputusan ini dibuat sebagai satu tanda penghormatan kepada DYTM Tengku Mahkota Johor (TMJ) agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding. Keputusan ini sebenarnya telah lama beliau suarakan kepada baginda sendiri untuk memberi kemenangan tanpa bertanding kepada baginda. 

TSAM juga menjelaskan keputusan ini dibuat tanpa dipengaruhi oleh sesiapa, kata beliau "ia merupakan keputusan saya sendiri yang saya lakukan secara jujur dan ikhlas demi kebaikan masa depan FAM dan Bolasepak Malaysia".