Sunday, May 7, 2017

DAP BIAR ZAIRIL, DYANA BUAT SESUKA HATI




Bekas Setiausaha Publisiti DAP Sela­ngor, Tan Tuan Tat mempersoalkan DAP yang masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Bukit Ben­dera, Zairil Khir Johari dan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud berhubung penyebaran gambar dan video intim mengaitkan mereka yang tular di media sosial.

Tuan Tat berkata, DAP seharusnya mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemim­pin itu yang jelas te­lah memalukan imej parti.

“Parti (DAP) seharusnya mengambil tindakan terhadap Zairil. Bawa beliau kepada Lembaga Disiplin parti. Tetapi beliau (Zairil) juga berada dalam lembaga sebagai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang merupakan sebahagian da­ripada lembaga. Anda rasa Tan Kok Wai (Pemangku) Pengerusi lembaga akan ambil tindakan terhadap Zairil?


“Saya rasa DAP tidak akan memecat Zairil mahupun me­ngambil tindakan terhadap beliau,” katanya seperti dipetik dalam sebuah portal semalam.

Beberapa ke­ping gambar dan video yang mengaitkan Zairil de­ngan seorang wanita di­percayai Dyana Sofya yang tular di media sosial itu mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun, Zairil menafikan gambar dan video tersebut adalah dirinya dan menegaskan ia adalah palsu.

Sementara itu, Dyana Sofya pula menganggap­ penye­baran gambar intim yang mengaitkan dia dan Zairil sebagai pencerobohan privasi dalam kehidupan mereka.

Mengulas lanjut, Tuan Tat berkata, DAP hanya akan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang tidak digemari dan menuduh parti tersebut mengamalkan sikap pilih kasih.

“Kita semua tahu ba­gaimana DAP ber­operasi. Mereka hanya akan me­ngambil tindakan terhadap orang yang mereka tidak suka dan Zairil adalah amat diperlukan kerana DAP mahu menunjukkan mereka mempu­nyai orang Melayu dengan kedudukan dalam parti.

“Jadi, untuk memecat Zairil bukan merupakan agenda mereka. Ini me­nunjukkan DAP jelas mengamalkan sikap pilih kasih,” katanya.