Wednesday, March 30, 2016

ANAK PENEROKA CEO BARU FGV




Teka-teki bekenaan siapa yang bakal mengantikan tempat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Berhad (FGV) telah terjawab apabila Datuk Zakaria Arshad telah dipilih berkuatkuasa 1 April ini. 

Anak peneroka Felda Palong 1, Negeri Sembilan ini dipilih bagi mengantikan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah  yang telah berkhidmat sejak Julai 2013. Pemilihan Datuk Zakaria dikatakan satu pilihan yang kena pada tempatnya kerana selain berasal dari keluarga peneroka beliau sebenarnya telah mencurahkan baktinya kepada Felda sejak 32 tahun yang lalu. 

Beliau telah memulakan khidmatnya dengan kumpulan Felda sejak 1984 menerusi syarikat Rubber Products Sdn.Bhd. , Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn. Bhd. Felda Rubbers Sdn. Bhd. dan Felda Marketing Services Sdn. Bhd.  Dengan pengalaman yang luas ini, rasanya tidak perlu lagi dipertikaikan lagi  kemampuan beliau memikul tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV.

Beliau juga sebenarnya telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn. Bhd. dan juga selepas itu dilantik sebagai Ketua Kluster Huluan Sawit pada Januari 2014.  

Tidak perlulah kita tanya pendapat pembangkang, kerana siapa pun yang dipilih tidak pernah elok dimata mereka. Jika ditanya kepada mereka mungkin Mat Sabu yang akan menjadi pilihan mereka.

Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad berpendapat dengan perlantikan Zakaria ini akan megukuhkan lagi kedudukan FGV sebagai pemain agro bisnes terkukuh di dunia. Dalam masa yang sama beliau bagi pihak FGV mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Mohd. Emir diatas sumbangannya yang merangka pelan tranformasi sehingga memacu FGV sehingga menjadi antara pemain terbaik dunia. 

Zakaria merupakan pemegang Ijazah Sains Sosial (ekonomi) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menghadiri kursus perniagaan eksekutif di Fakuliti Perniagaan Havard dan Kolej Pembroke, Universiti Cambridge.  






No comments:

Post a Comment