Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada FELDA kerana sudi mengadakan majlis keraian kepada petugas-petugas FELDA yang akan berangkat menunaikan haji.
Dengan diiringi doa, para bakal haji juga dibekalkan dengan buah tangan. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan FELDA, YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad diiringi oleh Pengarah Besar FELDA, Ybhg Datuk Hanapi Suhada.
Majlis ini diadakan di Ballroom Menara Felda, Platinum Park, Jalan Stonor.
Tan Sri juga tidak lupa memberi beberapa pesanan kepada bakal jemaah haji agar diamalkan apabila sampai di tanah suci nanti.
Penceramah bebas YBHG Ustaz Dato Hj Nizam Kamaruzzaman juga dijemput dalam majlis ini bagi menyuntik sedikit pengalamannya serta sedikit cambahan ilmu untuk pera jemaah.
Alhamdulillah, semoga jasa baik FELDA ini diberkati Allah dan FELDA terus maju bagi membela nasib anak bangsa terutama generasi FELDA.
No comments:
Post a Comment