Monday, April 14, 2014

MANUSIA SUDAH JADIKAN DEMOKRASI SEBAGAI SATU AGAMA



1. Bagaimana Tun melihat sistem demokrasi?
Sekarang saya dapati ramai daripada kita menjadikan demokrasi satu "agama". Itu yang menjadi masalah pada masa kini. Kita tetap amalkan demokrasi walaupun mampu membinasakan kita. Saya bagi contoh Mesir, negara negara Timur Tengah, Thailand yang menyalahgunakan demonstrasi. Kerajaan yang dipilih secara adil, dijatuhkan oleh demokrasi melalui demonstrasi jalanan. Ada kala kita perlu mempertimbangkan sama ada demokrasi itu lebih utama atau kelebihan rakyat itu lebih utama. Demokrasi ciptaan manusia, maka ia pasti tidak sempurna.
2. Mengenai sosial media yang berkembang luas dan bebas tanpa had, apa pesan Tun kepada generasi muda?
Pisau boleh mengukir ukiran yang cantik, juga boleh digunakan untuk membunuh. Sama seperti sosial media. Kita perlu pupuk nilai baik kepada generasi muda sejak kecil supaya tidak ada salah guna dalam sosial media. Selain itu,
kita perlu ada sekatan terhadap sesetengah saluran seperti bahan lucah yang menjadi punca masalah sosial pada masa kini. Kebebasan perlu ada batasan. Media ini perlu dikaji secara bersama supaya kesan buruk ini tidak mempengaruhi generasi muda.
3. Kenapa tenaga kerja Indonesia (TKI) di negara-negara seperti Taiwan, Singapura tidak mempunyai sebarang masalah seperti tenaga kerja Indonesia di Malaysia?
Sebenarnya jumlah TKI Indonesia di Malaysia adalah paling ramai, kerana kita hampir sama. 1 juta rakyat Indonesia ada di Malaysia, dan ada antara mereka yang datang secara haram. Ada juga yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan perlindungan. Undang-undang di Malaysia menetapkan sesiapa yang bekerja lebih masa di Malaysia akan memperoleh elaun yang lebih. Ini antara sebab kenapa ramai yang datang ke Malaysia. Antara jumlah besar ini tak semua baik-baik, maka mereka ini akan dikenakan
tindakan sama seperti rakyat Malaysia sendiri. Kita tidak membezakan. Rakyat Australia pernah menyeludup dadah ke Malaysia, dan kita mengenakan hukuman gantung kepada mereka. Kalau tak buat salah, tak kan kita nak buat apa-apa kepada mereka. Saya berpendapat, kalau Malaysia ini begitu buruk seperti yang digambarkan sesetengah pihak, tak ramai yang akan datang ke Malaysia. Kita banding dengan Singapura, Hong Kong, Taiwan. Tak ramai rakyat Indonesia di
sana. Selain itu, negara-negara ini turut pernah ingin menjatuhkan hukuman gantung kepada rakyat Indonesia sehingga kerajaan Indonesia perlu membayar 36juta untuk menebus rakyat Indonesia ini. Di Malaysia, kita tak buat perkara ini.
4. Kenapa sahabat saya, sahabat negara Indonesia, DS Anwar ering dikenakan hukuman? Lepas satu satu beliau kena hukum.
Anwar juga sahabat saya dulu, walaupun ramai tak mahu Anwar dalam UMNO. Anwar mahu ketua pemuda, saya bagi. Anwar mahu
Naib Presiden UMNO, saya restui pertandingannya. Selepas itu, dia nak pula bertanding Timbalan Presiden UMNO. Saya bagitahu, ini tak pernah berlaku kerana tidak pernah ada orang cabar timbalan presiden UMNO sebelum ini. Namun, saya tetap terima malah saya lantik dia jadi timbalan PM saya. Orang kata saya banyak tahan, kekang dia, tetapi saya yang angkat dia. Cuma dia melakukan perkara yang tak boleh diterima. Saya tak langsung memecat dia, malah kita bagi peluang dia menjelaskan. Tetapi dia bukan jelaskan pun. Dia marah-marah. Saya dibaling macam-macam benda oleh penyokong dia, tetapi saya tak kisah. Selepas dia keluar, dia tubuh parti keluarga dia. Namun, dia disabitkan lagi kesalahan. Anwar menggunakan mahkamah untuk kepentingan dia. Dia saman saya 100juta. 100juta ni, kalau saya kalah, saya bankrup. Tetapi saya dibebaskan daripada tuduhan dia, dan sepatutnya dia bayar kepada saya ganti rugi. Ganti rugi yang nak bayar lawyer saya pun tak mampu. Kalau dia salah, tetap salah. Mana ada undang-undang untuk sahabat, undang-undang untuk musuh, semua sama.
5. Boleh Tun jelaskan DEB?
Di Malaysia ada 3 kaum besar. Pada zaman British, mereka bawa masuk ramai Cina dan India. Kita terima dengan hati terbuka. Cina, yang memang bijak berekonomi, memang kaya dari dulu sampai sekarang. Dan yang paling miskin adalah orang Melayu. Perbezaan kekayaan ini mampu mencetuskan keadaan yang tegang yang boleh menyebabkan rusuhan seperti tahun 1969. Maka dengan itu, kita cuba untuk mewujudkan keadaan yang adil untuk semua pihak. Maka kita wujud DEB dengan dua tujuan. Satu, hapuskan kemiskinan dalam setiap kaum. Dua, kita membawa keadaan sama rata untuk setiap kaum. Kalau dulu, bumiputera hanya menguasai 2% ekonomi, sekarang sudah melebihi 20%. Cina, yang dahulu 30%, sekarang lebih kurang 60%. Ini bagi mewujudkan keadaan yang tidak terlalu berbeza antara kaum di Malaysia.