Thursday, May 9, 2013

PI LA KE MAHKAMAH

Boleh dikatakan kaum cina pada PRU 13 kali ini sudah terkena dengan auta Pakatan pembangkang. Mereka mudah terpedaya dengan kata-kata manis  dan janji-janji kosong pembangkang. Apa yang paling dikesalkan kaum Cina mudah tertipu dengan publisiti murahan DAP dan membiarkan pemikiran mereka diracuni dengan persepsi negatif.

Janji kosong pembangkang ditambah maklumat palsu disebarkan melalui media alternatif untuk menakutkan kaum Cina,  pengundi kemudian membuat keputusan untuk mengubah kerajaan pusat.

Maklumat palsu pembangkang termasuk mengatakan pendatang asing akan keluar mengundi petang hari pembuangan undi  berjaya meracuni pengundi keluar awal kononnya untuk melindungi masyarakat Cina di negara ini.

Banyak maklumat palsu disebar pada hari pembuangan undi yang  tidak sempat dihapus dan dipertikaikan kerana tiada masa, orang Cina terpedaya dan yakin apa diperkatakan DAP itu benar jadi 80 peratus mereka beru undi kepada pihak pembangkang.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diakui paling teruk kerana tidak sampai 10  ahli parlimen Cina dipilih mewakili BN.

Pakatan Rakyat (PR) yang masih ingin mengadakan perhimpunan besar-besaran kerana tidak berpuas hati kedudukan kerusi parlimen tidak berpihak kepada mereka, seharusnya membawa pekara itu ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment