Sunday, August 14, 2016

TEKSI TIDAK DI KAWAL SELIA LAGI





Akhirnya setelah dilanda dengan pelbagai kemelut permasalahan dan ranjau onak berduri, industri teksi bakal berubah kearah yang lebih positif dan berdaya saing. Selepas ini industri teksi tidak lagi akan dikawal selia bagi menyediakan landasan yang sama dan seimbang bagi bersaing dengan Uber dan GrabCar.

Justeru itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan peraturan baru akan dilaksanakan kepada semua pemandu Uber dan GrabCar, dan bagi pemandu teksi mereka akan menjalani penyahkawalseliaan. Proses ini bagi membolehkan mereka bersaing dengan Uber dan GrabCar tang mengunakan teknologi baru.




Segala peraturan dan sekatan seperti PSV ( Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam). Contohnya seperti Uber dan GrabCar mereka akan mempunyai kad pemandu yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Namun begitu, menurut Liow lagi, kementeriannya akan memberi kuasa kepada SPAD untuk membatalkan kawal selia  terhadap syarat untuk pemandu dan teksi, GrabCar dan Uber. 


Walaupun Uber dan GrabCar akan dikawal selia, SPAD akan memberikan sidang akhbar penuh mengenai keputusan Kabinet dalam masa beberapa hari lagi.

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata,' keputusan kabinet adalah sebahagian dari program tranfromasi pengangkutan awam. Menurutnya lagi, peraturan terhadap aplikasi e-hailing akan mewujudkan lebih banyak bidang sama rata bagi teksi dan perkhidmatan pengangkutan awam e-hailing. "Undang-undang dan kaedah-kaedah baharu untuk mengawal selia setiap pemain akan diwujudkan," katanya.
Selepas perkhidmatan e-hailing ditetapkan yang akan dikawal selia, kerajaan dijangka menawarkan insentif untuk pemandu teksi yang merancang untuk keluar dari sistem (sewa)pajak.


Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pemandu teksi yang berkelayakan akan diberi lesen teksi individu di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa.


Mereka yang merancang untuk keluar dari sistem pajak yang dengan itu akan menerima geran wang tunai berjumlah RM5,000 daripada kerajaan untuk membeli kenderaan baru.

Dalam pada itu,Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah pula akan membentangkan 11 inisiatif kepada Kabinet pada Rabu untuk membaik pulih industri teksi konvensional dan meluaskan perkhidmatan pengangkutan dengan menjadikan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah di sisi undang-undang.

Terdapat kira-kira 77,000 pemandu teksi berdaftar di negara setakat ini, yang mana mereka semua akan mendapat manfaat dari apa yang bakal dilaksanakan nanti. 

No comments:

Post a Comment