Sunday, May 7, 2017

ZAMAN ANWAR PAKETUM, MASUK MAHATHIR JADI PAKATUN



Sejak mutaakhir ini, Pakatan Pembangkang kelihatan semakin kacau bilau. Pergolakan di dalam parti masing-masing semakin ketara. Bahkan pergolakan sesama mereka dalam pakatan pun hampir sama. 

Itulah yang admin nampak, sejak idola mereka Anwar Ibrahim dipenjarakan, mereka seolah-olah semakin hilang arah tujuan. Tak bersatu satu hal, kini sudah berantakan antara war lord-warlord dalam parti mereka. 

Oleh itu tidak hairanlah jika pakatan mereka ini digelar PAKATUN, memang sesuai pun dengan nama tersebut. 

Begitulah yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau menjelaskan keretakan dalaman pakatan ini tidak boleh disembunyikan lagi. Isu-isu remeh temeh pun mereka tak boleh selesaikan. Nak buat satu pakatan pun susah, nak buat satu lambang pun banyak karenah. Masing-masing ada kepala besar, ego dan bongkak. 

Sekarang entah apa yang mereka berpakat pun kita tak tau. Sama-sama bergaduh dalam satu pakatan. Dengan PAS dulu bukan main peluk cium sayang. Hari ini masing-masing sudah berparang. Bercerai talak tiga konon. 

Bercinta pula dengan PAN yang kerjanya menjilat apa saja yang DAP suap. Pemimpinnya penuh dengan skandal yang memalukan, itu pun masih mengaku sebagai parti Islam gantian PAS. Maka munculah Pakatan Harapan, dengan harapan boleh menarik orang Melayu. Namun jelas sekali  mereka gagal. Di dua pilihanraya Kecil, Pakatan Harapan Tumbang, kalah teruk. Maka tinggal harapan sajalah.

Kini apabila Tun Mahathir pun sertai pakatan mereka, pakatan mereka bukan lagi nampak bertambah elok, malahan bertambah caca marba. Tun Mahathir dengan lagaknya hendak mengawal Pakatan Harapan, namun ahli DAP dan PKR yang masih menyimpan dendam kepada Tun tidak mahu Tun berkuasa dalam pakatan mereka. Sedangkan Penasihat dan Setiausaha Agung DAP mahukan sokongan orang Melayu daripada Tun. 

Kini pakatan mereka semakin kacau bilau. Dari Pakatan Rakyat, kepada Pakatan Harapan, semuanya hancur musnah.... Elok benar nama pakatan mereka ditukar kepada PakaTUN. 


"Kita mesti ada prinsip. Kalau tiada prinsip jangan berpolitik." kata Datuk Wee. Jika dilihat pakatan pembangkang ini, sememangnya mereka tiada prinsip yang telus yang mampu dijadikan contoh untuk rakyat. Manakan tidak, konon Pakatan Rakyat telah dibubarkan dan diwar-warkan secara besar-besaran tetapi PR masih wujud pula di Selangor.

Kononnya PH tidak bekerjasama lagi dengan PAS tetapi DAP dan PKR masih bekerjasama dengan PAS hanya kerana kerusi PAS melebihi dari PKR dan ada di antara ahli DUN PAS ingin mengekalkan jawatan exco di dalam DUN Selangor.

Permainan pakatan politik rojak pembangkang semakin ketara apabila berlakunya pertandingan di pilihanraya negeri Sarawak di mana kita lihat PAS, PKR dan DAP menentang sesama sendiri. Manakala di  PRK Sg Besar Selangor, PAS bertanding solo dan tidak disokong PKR malahan bergabung dengan DAP untuk calon pilihan mereka PAN.

Sedangkan PH (PAS, PKR dan DAP) bukan saja kekal malahan mentadb Selangor. Bayangkan dalam bermusuh masih ingin kekal mentadbir sebuah negeri dan apa berlaku kepada rakyatnya? Jangan hairan apabila segala masalah rakyat akan ditolak tepi tetapi percakaran politik terpaksa didahulukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Seperti lazimnya pembangkang, segalah pergelutan politik dalaman di kalangan mereka, mereka akan menuding jari kepada Barisan Nasional (BN). Oleh itu, Datuk Wee tidak hairan jika pergelutan yang berterusan dan gagal ditangani ini akan diletakkan kesalahan kepada BN. Masalah yang ditimbulkan mereka sendiri, akhirnya BN yang dituduh menjadi dalangnya.

Oleh kerana gagal meniru kesepakatn di antara parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional yang jelas seperti adik-beradik yang mengutamakan persefahaman, hormat menghormati, patuh kepada Presidennya dan sentiasa membawa kepada perbincangan untuk segala permasalahan, pembangkang kini hanya mampu berilusi untuk disatukan di bawah satu logo.



Nampaknya dengan kehadiran Tun M ke blok pembangkang pun, beliau juga telah gagal membawa mereka bersatu. Kewujudan keutuhan Barisan Nasional bukan sesuatu yang baru dan bukan ditiru dari mana-mana ideologi politik di dunia. Ia diwujudkan dari sejak merdeka yang bermula dengan Perikatan dimulakan dengan gabungan 3 parti mewakili setiap bangsa utama di Tanah Melayu.

Samada Pakatan Rakyatke, Pakatan Harapanke atau Paka'Tun'ke, politik pembangkang sememangnya akan mengguna segala taktik kotor untuk menipu rakyat. Hanya di atas dasar saja nampak mereka sepakat tetapi disebaliknya, mereka akan terus bergelumang dengan persengketaan sesama sendiri. 

Bertepatanlah apabila Datuk Wee menggelar mereka sebagai Paka'Tun' dan rakyat pula telah melihat mereka sebagai 'Pakatoon' yang menggambarkan betapa caca-marbanya blok pembangkang ini.

Jelas Ka Siong, masalah dihadapi pakatan tersebut sangat serius, malah mereka tidak boleh menyelesaikan isu mudah yang berlaku sekalipun.

Katanya, senario politik di Selangor adalah hasil usaha sama Pakatan Rakyat yang kadangkala menjadi Pakatan Harapan.

“Tapi sekarang saya tak tahu jadi pakatan apa? Mungkin ‘PakaTun’ kerana mereka kini bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebab itu nampak macam kartun.

“Dahulu mereka kata nak tukar nama kepada Pakatan Harapan tetapi Pas tidak menyertai Pakatan Harapan. Jadi adakah kerajaan Selangor ini masih digelar Pakatan Rakyat, walhal Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud,” katanya.

Tambahnya, beliau juga dapat membayangkan kerajaan Sela­ngor akan menuding jari kepada Barisan Nasional atas kepinca­ngan yang berlaku di negeri itu kerana ia merupakan gimik politik dan taktik kotor yang selalu mereka amalkan.




No comments:

Post a Comment