Saturday, April 1, 2017

300 PEMANDU TEKSI DAPAT LESEN INDIVIDU

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyasarkan sebanyak 30,000 lesen teksi individu dikeluarkan dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan pemandu teksi bersaing secara adil dan sihat.



Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu akan dilaksanakan di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) bermula dengan kumpulan pertama melibatkan 300 pemandu teksi yang layak, hari ini.

Katanya, SPAD bersetuju menarik balik pembekuan lesen individu yang dilaksanakan sebelum ini kerana mendapati kaedah sistem pajak lama itu membebankan para pemandu teksi.

“Saya menyedari ramai dalam kalangan pemandu teksi turut merungut apabila Uber dan Grab beroperasi kerana ia menjejaskan pendapatan mereka, namun SPAD tidak boleh menghalang perkhidmatan tersebut kerana ia mempunyai permintaan dan turut digunakan di beberapa negara maju lain.

“Atas sebab itu, SPAD telah berusaha mencari inisiatif dan mendapati pemberian lesen teksi individu ini merupakan jalan terbaik untuk pemandu teksi bersaing secara sihat dengan pemandu Uber dan Grab,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Bagi Permit Teksi Individu di Persada Plus, Subang, dekat sini hari ini.

Seramai 300 pemandu teksi yang telah menamatkan tempoh kontrak pajak masing-masing menerima STK lesen teksi individu dan geran tunai RM5,000 bagi membolehkan mereka membeli kenderaan baharu. -




No comments:

Post a Comment