Saturday, April 1, 2017

DAP BUAT-BUAT LUPA PENIPUAN CEC






 Dari awal lagi kita boleh nampak lakonan pemimpin-pemimpin DAP berkenaan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP (yang tidak sah sehingga kini) pada Ogos 2013 cuba mengelirukan rakyat dan ahli DAP dengan membuat kenyataan mahukan penjelasan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman kenapa DAP perlu mengadakan semula pemilihan. 

Bagaikan "kura-kura naik perahu", Lim anak beranak buat-buat macam tak tahu yang pemilihan itu penuh sesuatu yang mencurigakan. 

Dakwaan wujudnya penipuan dalam pemilihan parti DAP pada 2012 oleh ahli DAP masih lagi dibisukan oleh kepala penyagak DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Vincent Wu. Ini cukup mengambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemilihan tersebut.

Yang peliknya sehingga kini ROS masih berdiam tidak berbuat apa-apa tindakan, cukup mencurigakan. Kepimpinan palsu DAP pula dilihat mengambil kesempatan ini untuk mengerakan agenda politik mereka dengan bebas. 

Sikap double standard yang diambil oleh ROS ini seolah-olah DAP begitu berkuasa dan kebal dari seberang tindakan, padahal perkara yang sama berlaku kepada UMNO dahulu (1988) menyebabkan UMNO diharamkan. Sedangkan ROS mempunyai kuasa untuk membuat keputusan terhadap mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan yang berada didaftar dibawahnya. 

Kecurigaan ini ditambah lagi dengan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah ROS, Mohd. Norzam Mustapa pada 13 oktober 2014 yang menafikan ROS pernah mengiktiraf pemilihan semula DAP tersebut sebagai sah.  ROS belum mendapat apa-apa pemberitahuan daripada mahkamah berhubung status CEC parti berkenaan sehingga hari ini.

Sebenarnya ramai pihak telah mendesak ROS agar segera menyiasat perkara tersebut dan juga menjawab isu 120 cawangan DAP yang tidak mendaftar dan mengundi pada pemilihan semua CEC parti berkenaan. Selagi ROS tidak memberi kata putus tentang status tersebut, para penyandang CEC DAP tidak boleh diiktiraf, mereka semua boleh dikatakan "hantu raya"yang berkeliaran. 

Dengan kata lain, kedudukan para penyandang CEC termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang kini terpalit isu kontroversi pembelian banglo di bawah harga pasaran, adalah tidak sah. Inilah pertama kali dalam sejarah, status kesahihan jawatan pemilihan parti tergantung begitu lama iaitu sejak adanya aduan ahli terhadap manipulasi undi pada pemilihan Disember 2012. ROS kemudian mengarahkan pemilihan semula CEC pada September 2013 tetapi juga tidak diiktiraf selepas menerima bantahan berkaitan penipuan undi. 

Admin pening kepala. Dua kali pemilihan CEC, parti itu tidak dapat memastikan perjalanan pemilihan yang bersih dan telus. Memalukan. Berdegar-degar menuding jari ke pihak lain tetapi parti sendiri bermasalah besar.