Pada Malam Penghargaan Media Atau "MCA Media Night" 2017, Ucapan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai lebih menekankan akan kepentingan perpaduan. Perpaduan yang dimaksudkan tidak hanya dalam masyarakat Malaysia sahaja, tetapi juga didalam MCA itu sendiri.
Dari segi persedian, MCA telah siap sedia jentera bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14. Apa yang lebih utama kini adalah perpaduan dikalangan pemimpin MCA. Jelas sekali kekuatan MCA sekarang terletak kepada kekuatan perpaduan.
Berbeza dengan kepimpinan DAP hari ini yang makin celaru haru biru. Ini dapat di lihat apabila 4 pemimpin DAP Melaka bertindak meninggalkan DAP. Jelas sekali ada kepincangan diperingkat atasan.
Ini ditambah lagi dengan kehadiran Tun Mahathir dalam kem pembangkang hanya menambahkan pergesaran antara mereka. Kalau dahulu kita sering tengok "Bapa DAP" Lim Kit Siang mengusung Wan Azizah ke hulu ke hilir siang malam pagi petang. Hari ni kita boleh lihat mereka usung pula Tun Mahthir dengan slogan "Selamatkan Malaysia".
Yang kita tahu parti anak beranak PKR memang bermusuhan dengan Tun Mahathir dan sememangnya mereka tidak sebulu. Sudah tentulah parti BERSATU jangan berharap sangat nak dapat kerusi dari PKR. Pendek kata jangan mimpi lah.
Mereka masing-masing bermusuhan dalam kem pembangkang, macam mana mereka nak menentang Barisan Nasional. Yang paling malang PAS pun sudah tendang awal-awal lagi sesiapa yang ada kaitan dengan DAP dan PAN.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu berkata, dahulu ahli-ahli DAP telah diajar bermusuh dengan bekas Perdana Menteri itu, oleh itu kehadiran Dr. Mahathir dalam pembangkang ketika ini juga menimbulkan keraguan kerana tidak mempunyai misi yang jelas.
Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada kepemimpinan DAP supaya lebih berhati-hati dengan perancangan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau turut mengulas tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka yang keluar parti, dan yakin tindakan tersebut berpunca daripada pendirian peribadi mereka yang tidak bersetuju dengan kerjasama antara DAP dan Dr. Mahathir.
Malah, beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemimpin dan ahli DAP akan mengikut jejak langkah empat wakil rakyat berkenaan atas pendirian serupa.
No comments:
Post a Comment