Jelas sekali pergolakan yang berlaku dalam kem DAP tidak boleh di tutup lagi. Berapa ramai ahli DAP yang tidak bersetuju hubungan baik Lim Jit Siang dengan mantan PM, Tun Mahathir. Sudah beberapa kali pemipin DAP ditempelak oelh ahli berkenaan hubungan haram ini.
Para pemerhati politik berpendapat, pergolakan yang berlaku dalam DAP ini boleh mengikis keyakinan pengundi Cina dan beralih sokongan kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.
Bagi Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, tindakan keluar parti empat pemimpin DAP Melaka jelas menunjukkan masalah dalaman DAP sejak sekian lama yang menyebabkan pengundinya beralih arah. Kudis yang selama ini cuba ditutupi hari ini sudah menjadi barah, sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Sebab itulah empat pemimpin parti DAP cepat-cepat cabut.
Menurut Ka Chuan lagi, kaum Cina dinegara ini perlu menilai sumbangan kerajaan pada mereka dan menyemak semula serta kembali memberikan sokongan kepada Barisan Nasional bagi membolehkan kerajaan dapat meneruskan pelbagai agenda pembangunan ekonomi.
"Ini bagi memastikan sokongan kepada satu parti (DAP) yang berlaku selama ini dapat diubah dan aktiviti salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan mereka dapat dielakkan.
"Kita berharap pengundi Cina dapat memberikan sokongan padu kepada MCA dan BN menghadapi PRU-14 selain menggalakkan usaha Kerajaan Pusat membangunkan tahap ekonomi negara bersama negara ASEAN dan Eropah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA negeri di sini hari ini. -
No comments:
Post a Comment