Sunday, July 17, 2016

PERKUKUH DAN SELARASKAN SISTEM SAMAN KETIGA-TIGA AGENSI


Perlu diwujudkan satu sistem bersepadu bagi menyelaras operasi pengutkuasaan saman antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Ini kerana sebelum ini setiap agensi mengunakan kaedah masing-masing dalam menjalankan operasi dalam penguatkuasaan. JPJ mengunakan pengkomputeran MySikap manakala SPAD dan PDRM mengunakan kaedah lain. 

Justeru itu amat penting ketiga-tiga agensi ini menyelaraskan sistem pengoperasian agar lebih terurus, sistematik dan ada jalinan kerjasama antara satu sama lain. 

Ketika ini semua sistem ini berfungsi berasingan. Ini menyulitkan pihak JPJ untuk menyenarai pemandu, pengendali, dan bas express kerana kesukaran untuk  mengetahui rekod saman yang dikeluarkan oleh Polis dan SPAD.

Justeru itu Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memberi arahan kepada Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron untuk mengadakan pertemuan segera dengan polis dan SPAD bagi menyelaras sistem ketiga-tiga agensi penguatkuasa bagi mengelakkan masalah ini dari berterusan. 

Beliau mahu mahu masalah ini segera diselesaikan dan tidak mahu kejadian insiden bas express ini berulang lagi. Liow jugan mengingatkan tentang siasatan rawak yang telah dibuat menunjukkan 38 dari 72 buah bas express melakukan kesalahan trafik sehinggakan ada yang mempunyai sampai 80 saman trafik.

Dalam masa yang sama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata sistem bersepadu yang dicadangkan mampu mengukuhkan operasi penguatkuasaan ketiga-tiga agensi tersebut selain menjamin keselamatan kepada orang ramai. 

Beliau menyambut baik apa yang telah disarankan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta penyelarasan ketiga-tiga agensi dibuat antara JPJ, PDRM dan SPAD kerana langkah itu dapat juga meningkatkan operasi penguatkuasaan saman masing-masing. 

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, menganggap sistem bersepadu ini memboleh SPAD mengenal pasti dengan lebih mudah mana-mana syarikat bas ekspress yang melakukan kesalahan.  

No comments:

Post a Comment