Saturday, July 16, 2016

TINDAKAN TEGAS KEPADA SYARIKAT BAS





Macam mana sebuah syarikat bas boleh membenarkan seorang pemandu  yang mempunyai rekod sembilan saman tertunggak memandu sebuah kenderaan seperti bas express ?  Semua ini mengundang pelbagai persepsi buruk masyarakat kepada perkhidmatan awam di Malaysia. Seperti biasalah rakyat Malaysia, selagi tak terhantuk kepala, mana mau ingat semua tu.

Kejadian kemalangan yang membabitkan sebuah bas express dengan 10 buah kenderaan awam di Kilometer 265.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan satu lagi episod yang berlaku pada setiap hari perayaan. 

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, syarikat bas tersebut akan disiasat kerana membenarkan pemandu yang mempunyai rekod saman tertunggak memandu kenderaan awam. 

Perkara ini amat serius kerana ia melibatkan nyawa orang ramai. Tindakan tegas harus diambil bagi memberi pengajaran dan peringatan. Siasatan awal menunjukan pemandu bas tersebut mempunyai sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan. Kerajaan akan meneliti dan menyiasat kes ini sebelum apa-apa tindakan undang-undang diambil. 

Kejadian yang berlaku pada ahad 10 julai lepas telah mengakibatkan dua orang awam mengalami kecederaan. Bagaimanapun 28 penumpang bas tersebut tidak mengalamami apa-apa kecedeaan.

Insiden ini menjadi viral dilaman sosial dan mendapat kecamanan natizen. video yang berdurasi 13 saat itu menunjukan bas tersebut dipandu dengan laju sehingga tidak terkawal lalu melanggar kenderaan di hadapan. 

Bermacam-macam kaedah dan tindakan undang-undang diambil terhadap pemandu bas express ini, namun setiap kali musim perayaan pekara ini masih berulang. Sewajarnya rakyat dan kerajaan sama-sama memberi buah fikiran agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. 



.

No comments:

Post a Comment