Sunday, July 17, 2016

INSIDEN BAS EXPRESS: SPAD TETAP AMBIL TINDAKAN



Saban tahun bas express menjadi tumpuan utama rakyat negara ini pulang ke kampung pada setiap kali musim perayaan. Walaupun sudah ada pelbagai jenis pengankutan awam dalam negara namun bas express tetap menjadi pilihan rakyat kerana kosnya lebih murah.

Namun begitu insiden kemalangan sering berlaku melibatkan bas express saban tahun. Ini yang merungsingkan kerajaan dan pihak berkuasa. 

Baru-baru ini seorang pemandu bas express telah melanggar kenderaan awam di KM265.8 lebuh raya utara selatan (PLUS) arah selatan. Insiden ini telah menjadi berita hangat di seluruh negara. 

Pemandu bas tersebut ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. Hasil siasatan polis, pemandu tersebut didapati mempunyai sembilan saman tertunggak dengan pelbagai kesalahan sejak 2011 hingga 2015. Syarikat bas terbabit juga mempunyai 63 saman tertunggak dengan pelbagai kesalahan mengikut seksyen 42(1) Akta pengangkutan jalan 1987. 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha dan pemandu bas yang terlibat dalam kesalahan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan.

Walaupun begitu, apabila berlaku kemalangan polis akan menjalankan siasatan terlebih dahulu bagi mengenal pasti apa tindakan undang-undang yang perlu diambil. 

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata , SPAD akan membiarkan pihak polis terlebih dahulu menjalankan siasatan me­ngenal pasti sama ada ia disiasat di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Pengangkutan Jalan.

Menurutnya lagi, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula akan mengenal pasti punca kegagalan kenderaan tersebut dan mencari punca sebenar bagaimana kemalangan itu terjadi. JPJ turut akan menyiasat pemandu tersebut dan lesen memandu kenderaan awam  PSV.

Peranan SPAD pula adalah meneliti semula laporan siasatan dari kesemua agensi-agensi tersebut bagi mengkaji apa tindakan yang boelh dikenakan kepada pemandu dan syarikat bas tersebut samaada perlu mengantung lesen syarikat bas tersebut.


“Seterusnya baharu peranan SPAD yang akan meneliti terlebih dahulu siasatan daripada agensi-agensi berkaitan bagi memboleh­kan tindakan menggantung le­sen syarikat bas ekspres diambil.


“Walau bagaimanapun, ia perlu melalui proses undang-undang terlebih dahulu bermula dengan memberi notis amaran. Memang akan berlaku kelewatan dalam proses ini dan ia sesuatu yang normal seperti kes jenayah lain.


“Misalnya, apabila seseorang itu dituduh membunuh, tindakan hanya boleh diambil selepas me­la­lui proses siasatan, dakwaan dan mahkamah akan menilai bukti-bukti sebelum keputusan dikenakan terhadap pesalah,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai kesalah­an pelanggaran Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.


Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah dan Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad.


Mengulas lanjut Syed Hamid memberitahu, atas sebab itu tindakan menggantung lesen dan permit bas ekspres, QisTina Express Sdn. Bhd. berkuat kuasa hari ini selepas hasil proses audit sejak dua hari lalu mendapati sistem pengesanan global (GPS) kesemua bas syarikat itu tidak berfungsi.

No comments:

Post a Comment