Thursday, April 28, 2016

ORANG RAMAI LEBIH GEMAR UBER DAN GRABCAR


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ada membuat bancian secara on-line berkenaan dengan perkhidmatan Uber, GrabCar dan Teksi. Keputusan bancian menunjukkan 80 peratus lebih memilih Uber dan GrabCar berbanding perkhidmatan teksi. Memang keputusan ini sudah dapat dijangkakan. 


Persoalannya kenapa orang ramai lebih memilih Uber dan GrabCar ? 

Inilah yang pemandu teksi kena fikirkan, kenapa Uber dan GrabCar menjadi pilihan orang ramai dan bukannya perkhidmatan teksi. Antara sebab kenapa mereka lebih memilih Uber dan GrabCar adalah kerana ia mudah diakses dan cepat. Manakala kenapa mereka menolak perkhidmatan teksi adalah kerana teksi tidak mengunakan meter, caj berlebihan, teksi kotor, tidak sopan dan memilih destinasi. 

Inilah fakta sebenar yang didedahkan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam Syarahan Umum Akedemi SPAD (PSL) yang bertajuk, Transformasi Pengangkutan Awam Darat di Malaysia - Sejarah, Aspirasi dan Cabaran yang berlangsung di Syah Alam. 

Sebenarnya jika tidak dibuat bancian pun ramai boleh agak perkhidmatan mana yang akan dipilih. Orang ramai memilih Uber dan GrabCar bukan kerana harganya yang berpatutan, tetapi lebih ktrepada perkhidmatan mereka yang lebih mesra dan  baik. 


Pemandu teksi perlulah berubah meningkatkan mutu perkhidmatan mereka bukan hanya menyalahkan SPAD dan kerajaan. Jagalah kebersihan teksi, pastikan keselesaan teksi dan juga tingkatkan mutu perkhidmatan.


Pemandu teksi tidak seharusnya marah dengan keberadaan Uber dan GrabCar dalam padang persaingan. Mereka perlu bertenang dan jangan beremosi. Teruskan berusaha dan jangan putus asa, lawanlah Uber dan GrabCar secara sihat dan berikan perkhidmatan yang terbaik.


Syed Hamid juga berkata hasil bancian serta kajian yang dibuat oleh SPAD ini akan dibawa kepada kerajaan untuk diperhalusi samaada kerajaan ingin membenarkan Uber dan GrabCar beroperasi atau tidak. Ini yang selalu dimainkan oleh pemandu teksi, kononnnya kerajaan sudah benarkan Uber dan GrabCar beroperasi tanpa permit. Ini tidak benar dan fitnah.


Sebenarnya banyak isu yang berkaitan dengan Uber dan GrabCar terutama berhubungan dengan isu keselamatan. Ini kerana perkhidmatan Uber dan GrabCar tidak berdaftar dengan SPAD. Penumpang yang menaiki Uber dan GrabCar juga tidak dilindungi oleh insuran. 


Negara kita masih lagi memerlukan khidmat teksi, oleh itu bagi SPAD perkhidmatan teksi perlu terus dipertahankan dan diberi nafas baru agar tidak diketepikan dalam senarai perkhidmatan awam di Malaysia. 


Pemandu teksi perlulah sama-sama berusaha untuk mengeluarkan pandangan negatif orang ramai terhadap permandu teksi. tingkatkan mutu perkhidmatan , mesra pelanggan dan amanah.