Saturday, April 30, 2016

McDONALD's SASAR 50 PERATUS FRANCAIS MENJELANG 2020



McDonald's secara progresifnya sedang merangka pelan jangka panjang untuk mengembangkan aspek francais perniagaannya di Malaysia. Jika kita selusuri sejarah terbinanya nama McDonald's di Malaysia pada akhir tahun 1980 ialah apabila Perbadanan McDonald's Amerika Syarikat menganugerahkan Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. lesen untuk mengendalikan McDonald's Malaysia. 

Jika anda masih ingat di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi yang strategik yang mana menjadi sejarah pada 29 april 1982 estoran McDonald's  yang pertama dibuka. Dengan pembukaan restoran ini, maka dengan rasminya McDonald's Malaysia dinobatkan sebagai restoran pertama di negara yang penduduknya mejoriti beragama Islam. 

Sehingga kini restoran McDonald's ada sekitar 270 buah di seluruh Malaysia. Restoran ini dijangka akan bertambah sehingga 500 buah restoran dimasa hadapan. Dalam masa yang sama peluang pekerjaan akan meningkat, dijangkakan lebih 11,500 peluang pekerajaan baru akan terwujud.

Ketika ini terdapat lebih 70 buah restoran McDonald's yang dijayakan oleh 30 orang francaisi. Francaisi ini semuanya terdiri daripada warga tempatan. Tidak ada seorang pun dari mereka yang ada kaitan dengan syarikat Golden Arches Restaurants Sdn Bhd atau kakitangannya.  Kesemua mereka adalah usahawan warga tempatan yang memegang francais restoran-restoran McDonald's yang spesifik . Mereka adalah pemilik dan juga majikan kepada pekerja-pekerja di restoran yang difrancaiskan kepada mereka.

Bukan sikit wang mereka belanjakan untuk menjalankan perniagaan francais McDonald's ini. Untuk memegang francais McDonald's  mereka perlu melaburkan wang mencecah jutaan ringgit. Dalam perniagaan ini mereka para  francaisi perlu bersedia dengan semua resiko perniagaan termasuklah menanggung kerugian. 

Kejayaan franciasi McDonald's ini telah mendorong ramai lagi anak tempatan terlibat dalam perniagaan ini. Mereka memiliki dan mengusahakan restoran-restoran McDonald's diseluruh Malaysia. Antara negeri yang paling ramai membuka restoran McDonald's ialah di Terengganu dan Kelantan. Selain itu ada juga yang buka di negeri Kedah, Perlis dan Sabah. Kesemua restoran di kelima-lima negeri trsebut telah difrancaiskan.  

Pada masa hadapan McDonald's merancang untuk menfrancaiskan sekitar 50 peratus dari kesemua jumlah restoran McDonald's di Malaysia menjelang tahun 2020. Ini bagi menyediakan peluang perniagaan kepada anak-anak muda tempatan untuk maju dan berjaya dalam bidang perniagaan, terutamanya dalam bidang perniagaan francais. 

Semoga apa yang dirancangkan oleh McDonald's ini menjadi berjaya dan negara berjaya menambah lagi usahawan dan jutawan dalam negara. Kejayaan yang dibawa oleh McDonald's ini patut dicontohi oleh lain-lain syarikat dengan mengunakan kaedah masing-masing untuk memberi khidmat kepada rakyat dan negara. 



No comments:

Post a Comment