Tuesday, December 8, 2015

USAHAWAN IKS PERLU TEROKA PELUANG INDUSTRI HALAL



Sebagai sebuah negara Islam,  makanan halal merupakan satu perkara penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Umat Islam di Malaysia yang berjumlah menghampiri 20 juta orang iaitu bersamaan dengan 65 peratus rakyat Malaysia merupakan satu prospek penting dalam industri makanan halal. 

Justeru itu kepentingan makanan halal mula diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian II (PIP 2) 1996 - 2005. Malaysia berpandangan industri ini dapat dibangunkan memandangkan Malaysia mempunyai sumber bahan mentah yang mencukupi, kemudahan infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi pemprosesan. 

Usaha Malaysia memperkenalkan dan memberi pengiktirafan logo halal menunjukkan minat dan komitmen kerajaan sepenuhnya kepada industri ini. Oleh itu dalam memperkemas persaingan dalam pasaran global, aspek daya saing syarikat adalah amat penting yang mana ini dapat dilahirkan melalui kekuatan pengusaha yang mempunyai sikap dan persepsi yang positif dalam membangunkan syarikat.

Bertitik tolak dari semua faktor tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengesa Usahawan Kecil Sederhana (IKS) di Malaysia memberi tumpuan utama kepada industri makanan halal. 

Memandang industri ini mempunyai potensi yang besar dimasa hadapan, Datuk Rd. Wee mengesa usahawan IKS Melayu dan Cina memasarkan produk halal mereka ke luar negara. Antara negara yang menjadi sasaran yang perlu usahawan IKS dalam memasarkan produk halal adalah negara China. 

Memilih  negara China sebagai tumpuan memasarkan produk Industri halal merupakan satu tindak yang tepat memandangkan penduduknya yang beragama Islam sahaja mencecah  lebih 26 juta orang. 

Menurut Datuk Dr. Wee, dalam usaha menghidupkan semula "Laluan Sutera" melalui One Belt One Road (OBOR) yang amat terkenal satu masa dahulu. Negara China sentiasa membuka ruang dan mencari peluang untuk berurusniaga dalam perdagangan halal dengan negara Islam dan Arab menerusi perdangangan dua hala. 

Oleh itu Malaysia perlu mengambil peluang ini memandangkan kita mempunyai kelebihan yang membolehkan negara  lebih kedepan dalam industri ini. Negara kita merupakan rakan dagangan utama China. Malahan 25 peratus rakyat di negara kita bertutur dalam bahasa Mandarin, bahasa pertuturan utama negara China. Ini merupakan satu kelebihan yang ada pada negara kita merupakan selain berkongsi sejarah dan budaya yang sama.

Sudah sampai masanya di negara kita usahawan IKS Melayu dan Cina berganding bahu berkerjasama bagi manfaat bersama bangsa Malaysia keseluruhannya. Mungkin boleh diasaskan satu perkongsian bistari antara kita yang mana boleh dimanfaatkan untuk perdangangan dengan negara China. 

Wee juga berharap usahawan IKS dapat mengadakan usahasama dengan Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sebagai negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam industri ini. 

Kerajaan amat memberi perhatian kepada peranan IKS kerana ia telah menyumbang 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  serta menyediakan lebih 50 peratus peluang pekerjaan di dalam negara.

Industri halal merupakan satu industri yang tumbuh dengan begitu pesat setiap tahun, oleh itu siapa yang cepat merebut peluang, dia yang akan dapat. Kebanyakan syarikat yang terbabit dengan industri halal ini lebih tertumpu kepada pengeluaran makanan dan minuman. Oleh itu mereka memerlukan bimbingan dan sokogongan HDC dan JAKIM bagi memastikan produk mereka mempunyai sijil halal yang disahkan oleh kerajaan. 

Sebagai rakan dangangan Malaysia enam kali berturut-turut, China bakal merintis jalan menyediakan peluang dan ruang untuk industri halal ini bertapak dan berkembang dengan pesat. Sehubungan itu beliau menyeru supaya usahawan industri halal berani meneroka dan mencipta peluang didalam dan luar negara. 


Sehingga tahun 2011, sebanyak 4,787 sijil halal dikeluarkan kepada pekilang, premis dan rumah sembelih di Malaysia dan 701 syarikat diluluskan Pensijilan Halal untuk mengeksport pengeluaran produk ke luar negara. 





No comments:

Post a Comment