Friday, March 24, 2017

LELAKI HINA SULTAN JOHOR DITAHAN

GAMBAR SEBAGAI HIASAN


Polis Johor menahan seorang lelaki yang dipercayai bertindak memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, lelaki itu ditahan di pekarangan Balai Polis Baling, Kedah pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Menurutnya, penahanan lelaki itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.


“Turut dirampas tiga buah telefon bimbit, tiga kad sim, lima kad memori dan satu pemacu pena,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment