Wednesday, October 28, 2015

SIKAP BURUK PEMANDU TEKSI KITA TERKENAL DI DUNIA



Jika nak diikutkan kata hati saya sebagai pengguna, memang takkan saya naik lagi perkhidmatan teksi di Lembah Klang ni. Sudah banyak kali saya terkena dengan kelembutan lidah mereka menganyam penipuan. Kadang-kadang kerana berada dalam keadaan terdesak, saya terpaksa mengunakan perkhidmatan mereka walaupun tidak berpuashati. Oleh sebab itulah pengguna lebih gemar mengunakan kereta sapu, walaupun tidak mengunakan meter tetapi caj mereka berpatutan serta profesional. 

Sebenarnya ramai pengguna merungut dengan perkhidmatan teksi di Malaysia. Siapa yang nak jika perkhidmatan yang mereka berikan amat teruk. Antara sikap yang meyusahkan pengguna ialah memilih lokasi, tidak mengunakan meter, menipu penumpang dengan mengunakan laluan jauh. mengenakan caj yang berganda untuk lokasi-lokasi tertentu dan pada waktu malam. 


Jadi pemandu teksi jangan marahlah jika penguna beralih arah kepada perkhidmatan Uber dan Teksi sapu. Penguna berhak memilih perkhidmatan yang efisyen, mudah dan murah. Bukan saya hendak menyokong perkhidmatan mereka yang tidak mengikut undang-undang, tapi masalahnya pemandu teksi kita lebih banyak memberi masalah kepada penguna. 

Kerap terjadi mereka menipu pelancong dan pendatang asing. Kawan saya sendiri yang juga pemandu teksi mendedahkan bahawa mereka biasa menipu pelancong dan pendatang asing dengan mengunakan laluan yang jauh dan megenakan caj yang tinggi. Inilah satu sikap yang buruk dan amat keji. 

Sehinggakan ada juga pemandu teksi yang telah meninggalkan pekerjaan mereka dan turut beralih menjadi pemandu Uber kerana perkhidmatan tersebut lebih mendapat sambutan. Kini, teksi yang tidak berdaftar bukan lagi cabaran buat pemandu-pemandu teksi berdaftar yang lain.
Maka pemandu teksi harus tepuk dada tanya selera, adakah mereka rela pekerjaan mereka ‘dirampas’ dengan servis yang lebih baik atau berubah sikap dan mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap mereka supaya pekerjaan mereka dapat diselamatkan daripada tercabar dek kerana perbuatan dan sikap mereka sendiri?