Sunday, April 24, 2016

RM 30 JUTA UNTUK BANGUNKAN BOLA SEPAK KEDAH - DATUK ALIFF



ALOR SETAR, 24 April - Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mahu tajaan sebanyak RM30 juta ke atas pasukan Kedah digunakan untuk pembangunan bola sepak negeri ini.


Menurutnya, beliau telah meminta pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) supaya menggunakan wang tersebut untuk menaikkan imej pasukan Lang Merah termasuk menaik taraf Stadium Darul Aman. 


"Saya nak mengesahkan bahawa Syarikat D'Herbs Healthy telah bersetuju menaja pasukan Kedah sebanyak RM30 juta selama tiga tahun seperti yang diminta persatuan itu. "Secara jujur, saya bukan hero dalam bola sepak (untuk campur tangan dalam corak permainan) jadi saya mahu guna kepakaran untuk membangunkan imej dan jenama pasukan Kedah dan KFA.


 "Saya akan melantik pereka terkenal untuk mengubah imej pemain supaya mereka akan nampak lebih berketerampilan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelawanan Kedah menentang Johor Darul Takzim dalam Liga Super di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.


 Pada bulan lalu, Aliff Syukri mengesahkan syarikatnya itu telah mencapai persetujuan untuk menaja pasukan Lang Merah sebanyak RM30 juta. Difahamkan syarikat kosmetik terkemuka itu bersedia memberi RM10 juta setahun untuk tempoh tiga tahun. 


Ditanya mengenai syaratnya kepada KFA, Aliff Syukri memberitahu, biarlah menjadi rahsia sehingga kedua-dua pihak menandatangani perjanjian dalam masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment