Tuesday, April 26, 2016

KERAJAAN DAN SPAD TELAH BANYAK BANTU PEMANDU TEKSI



Apa lagi yang boleh saya sifatkan dengan sikap sesetengah pemandu teksi ini melainkan seperti kanak-kanak yang suka merengek-rengek. Apa yang mereka tahu hanyalah menyalahkan kerajaan dan SPAD. Tukarlah 10 kali pun kerajaan , tukarlah 10 kali pun SPAD , jika sikap dan atitude mereka tidak berubah, tidak akan ada sesiapa akan mengunakan perkhidmatan mereka. 

Sudah bermacam-macam kaedah yang telah SPAD usahakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia khususnya di Lembah Klang. Setiap usaha SPAD memerlukan sokongan pemandu teksi, kerana tanpa sokongan dan kerjasama pemandu teksi, semuanya akan menjadi sia-sia.

Pada Jun 2012, kerajaan telah mengumumkan pemberian baucer tayar kepada pemandu teksi. Semua pemandu teksi yang berdaftar seramai 66,538 mendapat bauver yang bernilai RM520. Pada masa yang sama juga Perdana Menteri mengumumkan skim insuran untuk mereka. Mereka juga mendapat manfaat seperti pengecualian cukai jalan, subsidi tol 50% dan pengecualian cukai aksais dan jualan bagi pemilik lesen individu. 

Semua yang mereka dapat ini, pemadu kereta uber dan grabcar tidak dapat. Kerajaan dan SPAD membantu pemandu teksi bukan Uber dan GrabCar. Adakah pemandu teksi itu semua ingat ? 

Pada March 2015 , kerana ingin membantu pemandu teksi, kerajaan telah bermurah hati membenarkan kenaikan tambang teksi dengar kadar RM1.50.  Penumpang yang mengunakan teksi bajet di Lembah Klang dan johor Bahru perlu membayar RM8 bagi perjalanan setiap lima kilometer dan RM6.50 sebelum ini. Walaupun mendapat tentangan orang awam dan kabinet menangguhkan dulu , namun pemandu teksi tetap degil dan melaksanakannya juga.

Pernah ke pemandu teksi mengucapkan terima kasih kepada SPAD dan kerajaan ?

Ketika kerajaan melancarkan Teksi 1 Malaysia (TEKS1M) dengan mengeluarkan 1000 lesen kepada individu yang layak menerima. Bukan itu sahaja, mereka juga menerima geran sebanyak RM5000 serta pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2% setahun khas untuk pembelian TEKS1M proton Exora. Hari ini ada lebih 1750 TEKS1M yang berlegar di jalan raya memberi perkhidmatan kepada pengguna. 

Apa lagi yang pemandu teksi tidak puashati ? 

Berkenaan dengan teksi haram dan GrabCar, sejak Oktober 2014 lagi SPAD telah menyita lebih 100 kenderaan haram yang beroperasi sebagai teksi haram atau GrabCar. Tidak pernah ada penyataan dari mana-mana Menteri yang menyatakan kerajaan membenarkan GrabCar beroperasi tanpa lesen. Itu semua fitnah ! Namun kenapa masih lagi GrabCar dan Uber yang menjadi ancaman kepada pemandu teksi ? Apa istimewanya GrabCar dan uber ?

Untuk itulah pemandu teksi perlu berubah, perlu menambah ilmu pengetahuan, perlu bertindak.  Pemandu teksi perlu mengikut arus perubahan teknologi. Sekarang ramai orang sudah mengunakan applikasi untuk mendapatkan perkhidmatan teksi atau GrabCar. Oleh itu pemandu teksi perlu bergerak kehadapan dalam penguasaan teknologi. Siapa yang lambat akhirnya akan ketinggalan. 










No comments:

Post a Comment