Wednesday, March 25, 2015

HASIL CUKAI TIDAK LANGSUNG


Cukai tidak langsung adalah cukai yang dibayar secara tidak langsung oleh penguna.Beban cukai tidak langsung boleh dipindahkan sebahagian atau kesemuanya oleh pihak yang membayar (peniaga) kepada pihak lain (Kerajaan).
Hasil cukai tidak langsung adalah komponen terkecil daripada keseluruhan hasil kerajaan.
Pada tahun 2008, dianggar dari hasil cukai tidak langsung berjumlah 27,080 milion ringgit Malaysia iaitu 18.4% daripada jumlah keseluruhan hasil kerajaan.
Komponen cukai tidak langsung adalah terdiri daripada:-
1- Duti import
2- Duti Eksport
3- Duti eksais
4- Cukai jualan
5- Cukai perkhidmatan
6- lain-lain Cukai.
CUKAI JUALAN.
Merupakan cukai keatas barang akhir atau barang yang hendak dijual kepada para pengguna.
Cukai ini dikenakan keatas barangan keluaran tempatan dan yang diimport kecuali barangan kawalan dan keluaran kilang bertaraf perintis.
Cukai jualan juga merupakan penyumbang kedua terbesar iaitu 27.2% daripada jumlah hasil cukai tidak langsung atau RM7.4 bilion.
CUKAI PERKHIDMATAN.
Merupakan cukai yang dikenakan keatas perkhidmatan yang diberikan oleh hotel, restoran, pengiklanan, pusat servis kereta, insurans dll.
Kadarnya ialah 5% atau 6% daripada jumlah bil sesuatu perkhidmatan, jumlah ini ditanggung sepenuhnya oleh pengguna.
Menyumbang 13% kepada jumlah cukai tidak langsung atau RM3.5 bilion.

No comments:

Post a Comment