Wednesday, October 28, 2015

NIZAR BERSALAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Nizar bukan sahaja berdosa kepada peribadi Mohammad Najib bin Abdul Razak, tetapi dia juga bersalah dan berdosa kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri Rakyat Malaysia.
Saya sebagai ahli UMNO dan Rakyat Malaysia tidak akan sesekali memaafkannya kerana kerosakkan yang dia telah buat kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri saya.
Anda bagai mana ?

Saya  masih ingat lagi  dakwaan Nizar Jamaluddin konon beliau dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil jeneral-jeneral tentera. Tanpa rasa berdosa beliau memfitnah Najib konon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya umum dalam satu ucapan politik semasa berceramah secara terbuka di Taman Desa Pakatan di Ipoh pada malam 23 April 2012.
Nizar didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh Pada 25 Ogos 2014 di Perak kerana memfitnah Perdana Menteri dalam ucapannya di ceramah tersebut yang direkodkan antara jam 9.00 malam sehingga jam 12.00 tengah malam.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum selama dua tahun atau dikenakan denda.
 Nizar, yang berusia 58 tahun; akhirnya dibebaskan oleh pihak mahkamah di Ipoh selepas beliau mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri.
Semasa dalam mahkamah dulu, tak ada pula dia mengaku bersalah.
Untuk rekod Nizar pada 2012 dipetik berkata: “Saya juga dikhabarkan Najib baru-baru ini panggil kesemua pemimpin ATM, semua pegawai kanan ATM daripada darat ke, daripada laut ke, dan daripada udaranya.
“Najib bertanyakan pada mereka seandainya Barisan Nasional tumbang dalam pilihan raya umum, maka buatlah sesuatu. Saudara-saudara nak tahu apa kata ketua-ketua angkatan tentera ini, mereka juga terbuka.
“Mereka belajar berkenaan apa yang berlaku di Timur Tengah (Nota: kebangkitan rakyat Arab Spring yang didalangi Zionis antarabangsa), maka mereka beritahu Najib, kami akan sebelahi rakyat, itu jawapan tentera.

No comments:

Post a Comment