Saturday, October 10, 2015

PENDAPATAN LUMAYAN KERETA SAPU




Patutlah kenapa susah sangat kerajaan hendak membenteras kegiatan kereta sapu ini, bayangkan pendapatan boleh mencecah lebih daripada RM5000 sebulan, siapa yang tak nak ...???

Buatlah apa pun tindakan undang-undang. Mereka tidak pernah serik ! Mana taknya, pendapatannya lumayan. Lagipun masyarakat sekeliling bukannya heran pun. Janji perkhidmatan yang mereka nak ada dengan segera. 

 Pemandu kereta sapu ini sudah ada aplikasi telefon yang dikenali sebagai "Easy Taxi" bagi memudahkan lagi mereka mendapatkan penumpang. Penumpang sudah tentulah tidak kisah siapa pun yang memberi perkhidmatan asalkan ianya cepat, murah dan mudah. 

Dalam "Ops Revus Tegas" oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini, salah seorang pemadu kereta sapu yang ditahan memberitahu dia mendapat pendapatan yang lumayan sejak menjalankan aktiviti ini sebulan yang lepas. Di Lembah Klang sahaja  dia boleh mendapatkan 30 penumpang dalam  masa kurang dari 10 jam. 

Sebenarnya yang mengalakkan kegiatan keteta sapu ini adalah masyarakat kita juga yang ingin perkhidmatan yang cepat, mudah dan murah. Segelintir sikap pemandu teksi juga mendorong masyarakat memilih kereta sapu ini. Ada segelintir pemandu teksi yang menipu penumpang, tidak mengunakan meter, mengenakan caj yang lebih menyebabkan penumpang lebih gemar memilih kereta sapu yang tidak banyak karenah. 

Namun sebenarnya mengundang bahaya lain, seperti tiada insuran nyawa, resiko berlaku jenayah culik dan sebagainya. 

Kenderaan kereta sapu yang digunakan bukan calang-calang kenderaan. Menurut Che Hasni Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD sembilan kenderaan persendirian yang disita  dalam  Ops Revus Tegas kerana menjalankan kegiatan kereta sapu antaranya ialah Honda Accord, Nissan Sarena selain Proton Saga dan Produa Myvi.

Tambah Che Hasni lagi, “Mereka yang mengendalikan perkhidmatan tanpa permit sah ini boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun,”.












No comments:

Post a Comment