Tuesday, September 16, 2014

Teguran Mat Sabu seperti mahu PAS 'buka baju' - Nik Abduh



 
SHAH ALAM: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz menyifatkan teguran yang diberikan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, kepada ulama seperti "ada sesuatu yang tidak kena". 
 
Justeru beliau enggan mengulas lanjut kerana menghormati kedudukan Mat Sabu dalam parti.
 
"Ada desakan supaya PAS maju ke depan. Dan kenyataan beliau (Mat Sabu) pada saya seolah-olah menyuruh PAS pecat (buka) baju sedangkan kita ini kalau nak suruh nampak menarik tak perlu pecat baju, kita kena basuh baju.
 
"Jadi saya fikir macam ada sesuatu yang tak kena. Tapi saya tak fikir lagi untuk mengulas panjang. Saya hormatilah kenyataan dia sebagai timbalan (presiden)," memetik laporan Malaysiakini
 
Beliau ditemui media selepas menyampaikan ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Kelantan, malam tadi.
 
Terdahulu Mat Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej keIslaman” untuk menghalalkan segala tindakan mereka.
 
Beliau mahukan parti itu kembali kepada memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamanya
 
Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.
 
Sementara itu, Nik Abduh mengakui parti itu kini berdepan dengan krisis dalaman parti.
 
Bagaimanapun ahli jawatankuasa PAS itu berkata, perkara itu hanya akan ditangani diantara pemimpin parti itu sendiri.
 
"Ya...ya. PAS sekarang dalam krisis. Cuma sekarang ini ialah kita nak tangani krisis itu dengan PAS," katanya ringkas.
 
Sementara itu, mengulas mengenai tulisan di laman Facebooknya  minggu lalu yang mengkritik tindakan dua ADUN PAS Selangor menyokong PKR sebagai pengkhianat, Nik Abduh berpendapat, kenyataannya itu merupakan pandangan majoriti pemimpin PAS.
 
Malah, katanya, perkara itu juga turut dipersetujui oleh ayahnya yang juga merupakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Saya yakin pandangan saya ialah pandangan majoriti pemimpin PAS di peringkat pusat dan saya tanya ayah saya pun, ayah saya setuju yang mereka pengkhianat.

No comments:

Post a Comment