Tuesday, September 22, 2015

WAJIB LETAK JAWATAN

DUNGUN 19 Sept. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu mewajibkan setiap wakil rakyatnya meletakkan jawatan masing-masing sekiranya mereka bertindak menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah).

ABDUL HADI AWANG
Abdul Hadi berkata, ini kerana, perkara itu telah jelas dinyatakan dalam bai’ah bersumpah yang dilafazkan oleh setiap ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas ketika menjadi calon dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau menjelaskan, jika terdapat wakil rakyat parti itu yang melanggar bai’ah tersebut, mereka akan dilaknati Allah.

“Pas sebagai parti Islam membuat bai’ah dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat mengadakan bai’ah dengan pemimpin-pemimpinnya, bai’ah dengan calon-calon yang dilantik dalam pilihan raya dan dikuatkan bai’ah ini dengan sumpah wallahi, wabillahi dan watallahi.


“Maka, saya berbai’ah sebagai calon Parti Islam Semalaysia atau Pas, dan tidak disebut PKR atau DAP. Sekiranya saya khianat kepada perjuangan Islam, tak ikut arahan parti dalam perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, maka saya dilaknat oleh Allah dan Rasul, malah dilaknat oleh semua.


“Allah menjadi saksi atas apa yang saya ucapkan ini. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah. Parti (Pas) mewajibkan dalam bai’ah itu kalau sekiranya dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai ahli parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai’ah itu,” katanya.

Abdul Hadi menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.2) di Kampung Pulau Serai dekat sini malam tadi yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.


Yang turut hadir, Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta kepemimpinan Pas Terengganu termasuk Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat.


Kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat Pas yang telah mengambil keputusan menyertai parti baharu iaitu Amanah yang diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu.


Dalam ucapannya, beliau turut menyeru seluruh ahli Pas agar jangan bimbang dengan perkembangan serta masalah yang melanda parti itu kebelakangan ini terutama mereka yang menyertai Amanah.


Menurutnya, Pas masih mampu untuk berdiri teguh dalam meneruskan perjuangan Islam dan jumlah ahli baharu yang menyertai parti itu jauh lebih ramai berbanding mereka yang keluar daripada Pas.


Dalam majlis itu, turut diumumkan kemasukan ahli baharu Pas di Terengganu yang kini mencecah 4,198 orang dengan daerah Dungun mencatatkan bilangan tertinggi iaitu melebihi 1,000 ahli baharu diikuti 905 orang di Kemaman.

UTUSAN MALAYSIA


MOHON BATAL SAMAN ANINA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman berhubung wang RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dan presiden parti itu.


Menurut peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Mahkamah Tinggi di sini telah dimaklumkan hari ini bahawa permohonan itu akan difailkan selewat-lewatnya pada Rabu ini dan dibuat atas alasan saman tersebut adalah remeh, mengaibkan dan menyusahkan.
Beliau berkata, mahkamah juga telah dimaklumkan bahawa kedua-dua defendan itu akan mengemukakan permohonan untuk menangguhkan semua prosiding sementara menunggu pelupusan permohonan untuk membatalkan saman itu.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Mohd. Hafarizam petang ini, mahkamah telah menetapkan 26 Oktober ini untuk pengurusan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab.


Pada 28 Ogos lalu, bekas ahli UMNO, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan itu antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah AS$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
Dalam kenyataan tersebut, Mohd. Hafarizam turut berkata, mahkamah hari ini telah mengarahkan pihak defendan memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 1 Oktober ini.


“Di sini saya ingin menekankan bahawa ini (pernyataan pembelaan) bukan untuk menimbulkan kes prima facie yang memerlukan Najib dipanggil membela diri. Itu hanya diguna pakai untuk kes jenayah, dan kes ini bukanlah sebegitu.


“Dalam mana-mana saman sivil, pihak defendan mempunyai hak perundangan untuk memberi maklum balas atau menjawab. Ia dilakukan melalui pernyataan pembelaan yang mahkamah telah pun berikan pada Najib dan seorang lagi dalam tempoh masa tertentu.
“Tidak ada yang luar biasa atau kabur tentang kaedah ini memandangkan ia telah diterima pakai selama ini,” jelas Mohd. Hafarizam dalam kenyataan itu lagi.


Pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar, Norfauzani Mohd. Nordin hari ini, peguam Nor Emilia Mohd. Iszeham hadir bagi pihak Najib dan Abdul Rauf manakala Anina diwakili peguam, Aizul Rohan Anuar.

Utusan Malaysia 



FITNAH FELDA: RAYUAN MUSTAFA DITOLAK

Muka monyok Mustafa Ali , rayuannya gagal.


Seharusnya apa yang berlaku hari menjadi pengajaran besar buat Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS atau lebih dikenali sebagai "Stopa Ali" agar lebih berhati-hati menbuat kenyataan sehingga menjadi fitnah.

Walaupun Mustafa Ali dan empat lagi sekutu fitnahnya cuba membuat rayuan diatas fitnah yang mereka lakukan kepada FELDA kononnya menjual minyak kepada Israel, namun semua usaha itu sia-sia apabila rayuan mereka ditolak oleh mahkamah.

Pemmohonan Mustafa dan empat lagi defendan iaitu  ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd ditolak sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abdull Hamid Embong.

PSM mengharapkan agar pemimpin-pemimpin Islam PAS yang kononnya menjunjung syariat Islam sepenuhnya menjauhi budaya fitnah. Dalam mengejar kemenangan dan sokongan rakyat, pemimpin PAS perlu mengekal dan menzahirkan sikap yang baik dan berakhlak mulia seperti yang mereka canang-canangkan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. 

Jangan buat-buat lupa pula untuk membayar kos RM10 ribu kepada FELDA, itu perintah mahkamah selain membayar gantirugi RM100,000 kepada FELDA. 

Hakim mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa FELDA berjaya membuktikan mereka tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel, manakala lima defendan termasuk Mustafa Ali gagal membuktikan dakwaan mereka. Cakap mengunakan air liur basi memanglah mudah. Akhirnya...., siapa yang malu ...??? 











ADAKAH PENIAGA MELAYU MUSUH PBT ???

Orang Melayu biasanya ceburi bidang menjaja atau berniaga kerana beberapa sebab. Antara sebabnya ialah bersara atau berhenti kerja dengan apa jua na­ma skim pemberhentian kerja. Satu lagi sebab terlalu lama menganggur. Jarang Melayu berniaga sebab betul-be­tul minat. Apatah lagi kalau nak kata niaga sudah menjadi darah dan daging dalam diri dan keluarga mereka. Kadang-kadang, malah jarang-jarang untuk orang Melayu saja-saja terjun ke bidang penuh ranjau dan duri ini.

Ini juga yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina dan bangsa pendatang seperti rakyat Indonesia, Kem­boja, Pakistan, Thailand, dan Bangladesh. Malaysia tanah tumpah orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, sebab itu semangat niaga kurang kuat.

Bagaimanapun, bagi Melayu yang punya modal men­cu­­kupi bolehlah mereka buka syarikat enterprise atau sen­dirian berhad. Golongan yang modal setakat ribuan ring­git biasanya memulakan perniagaan sebagai penjaja. Tak ki­ralah berniaga di tepi jalan, tepi kedai atau menjaja di pasar-pasar malam atau pasar tani.

Banyak lagi orang Melayu fikir menjaja buah-buahan, air minuman dan nasi lemak serta pelbagai masakan sudah memadai. Jika barang jualan tidak habis, tak banyak yang rugi. Namun mereka tidak hitung kos dari segi tenaga, masa dan bahan yang terbuang begitu sahaja kalau tak laku.

Sejak berpuluh tahun, khasnya selepas 58 tahun mer­de­ka – penjaja Melayu yang tidak berlesen masih dihambat oleh penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Status penjaja atau peniaga haram ini telah meletakkan mereka seperti pesalah yang sentiasa diburu oleh penguat kuasa. Ringkasnya para peniaga kecil ini bagaikan musuh pihak berkuasa.

Apa pun, bila difikirkan kenapa orang Melayu yang ma­hu berniaga kecil-kecilan disusahkan dengan peraturan lesen, kebenaran itu dan ini. Baharu seminggu buka per­nia­gaan, pihak berkuasa datang angkut semua barang nia­ga mereka.

Pihak penguat kuasa selalu guna alasan bertindak ke­ra­na mereka menerima adu­an, atau mereka menja­lan­kan tu­gas sahaja. Kita tak kisah jika penjaja kena sa­man jika mereka benar-be­nar buat kotor atau men­je­jaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Ber­tindaklah biar kena pada tempatnya.

Perkara ini bukan isu ba­­haru. Pihak berkuasa kenalah me­rancang menaik taraf perniagaan menjaja ini menjadi satu kerjaya yang bo­leh dibanggakan. Binalah gerai kekal di tempat penjaja ber­niaga supaya dapat diha­lal­kan operasi perniagaan me­­reka. Yang tidak ada lesen, dimudahkan pendaftarannya supaya diberi lesen.

Bantu anak bangsa
Jangan diguna pendekatan puluhan tahun dahulu. Gu­na­lah budi bicara. Lagipun kata mahu bantu anak bangsa ceburi bidang perniagaan.

Usah padam api semangat niaga orang Melayu terutama anak muda. Biar mereka be­lajar menjual dan berniaga dengan saiz kecil-kecilan da­hulu. Janganlah terlaku tegas kerana bila berjaya mereka akan pindah ke kedai besar. Mereka juga yang berpotensi untuk membayar cukai untuk pembangunan negara. Apa yang kita boleh harapkan kepada peniaga warga asing walaupun barangan jua­lan­nya lebih murah. Wal­hal, bi­la mereka kaya, semua ke­un­tungan dibawa balik ke ne­gara asal.

Apabila melihat peralatan dan barang-barang peniaga dirampas oleh penguat kua­sa, timbul rasa kasihan dan simpati kepada mereka. Me­reka adalah peniaga kecil-kecilan bermodal kecil dan se­bahagian besar melakukan perniagaan secara sambilan. Mereka berniaga sendiri dan tidak guna pekerja tambahan. Peralatan mereka mungkin sekadar meja, payung, kereta sorong dan bekas-bekas makanan. Faktor mereka berniaga adalah untuk menampung pendapatan.

Tetapi ada juga penjaja yang dilihat bermaharajalela. Apabila tiada tindakan diambil, maka akan bertambahlah kerusi meja dan bertambah luas tapak perniagaan mereka. Mungkin ada yang iri hati bertanya, kenapa pula tindakan tidak diambil ke atas peniaga berkenaan?
Kenapa PBT tidak dapat mengawal gerai dan warung haram, rumah ibadat haram, kilang haram dan bangunan haram lain. Inilah punca masalah kedegilan golongan peniaga haram negara ini. Kalau begini, apa perlu peniaga dan pengilang mendapat lesen atau kebenaran PBT jika mereka boleh berfungsi? TNB dan syarikat bekalan air boleh membekalkan elektrik dan air kepada premis mereka walaupun tidak berlesen atau mendapat kelulusan PBT.
Pemimpin negara bercerita tentang kaedah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pada pandangan saya, selagi ada penjaja tanpa lesen, kita belum sampai tahap negara maju.

Jadi, semua PBT diharap dapat menjalankan program pemutihan penjaja dan peniaga yang tidak berlesen te­tapi sudah lama berniaga. Lancarkankan sekali program pembersihan peniaga warga asing. Mereka memang tidak perlu dilayan kerana tidak layak berniaga di negara ini.

Sebenarnya PBT tahu siapa mereka dan tempat per­nia­gaan mereka. Kalau tempat perniagaan Melayu tidak sesuai, carilah tempat lain yang lebih sesuai. Namun selepas pemutihan, dijangka ada aduan pusat perniagaan baharu dikatakan tidak strategik dan tiada pelanggan. Di samping, penjaja lain pula mengambil alih tapak lama yang dikosongkan. Jadi cerita ketidakadilan pihak berkuasa ti­dak akan selesai. Perkara ini boleh selesai jika PBT serius da­lam penguatkuasaan.

Monday, September 21, 2015

RAPID KL MEMPERKENALKAN BAS DUA TINGKAT DI KUALA LUMPUR.


Semakin hari semakin ramai rakyat yang mengunakan pengangkutan awam samada bas atau pun teksi. Ini kerana pengangkutan awam lebih menjimatkan wang, mengurangkan kesesakan lalulintas dan dapat mengelakkan kemalangan jalan raya disamping dapat merehatkan pengguna. Justeru itu rakyat kini lebih gemar memilih mengunakan pengangkutan awam seperti LRT, Monorel, Bas teksi bagi mengelakan kesesakan di jalan raya. 

Memahami kehendak rakyat yang lebih mementingkan keselesaan RapidKL dengan senang hati telah melaksanakan operasi bas dua tingkat atau lebih dikenali dengan "double Dacker" di Kuala Lumpur. Sambutan bas dua tingkat ini telah mendapat sambutan luar biasa dan memberangsangkan dari pengguna di Kuala Lumpur. 

Bas dua tingkat atau lebih dikenali sebagai "double dacker" telah menambahkan lagi medium pengangkutan awam di Malaysia. Ia mampu membawa lebih penumpang dari bas biasa sekaligus amat memberi manfaat kepada pengguna. Selama ini penguna yang "stress" dengan rimas dengan duduk berhimpti-himpit dapat mengurangkan dan kejadian yang tidak diingini. Bayangkanlah setiap hari penguna dapat mengurangkan warga asing seolah-oleh melihat dan suka mengambil kesempatan. 

Diharapkan dengan adanya bas dua tingkat ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kepadatan penguna. 








Sunday, September 20, 2015

MUAFAKAT DAN TOLERANSI BENTENG PERPADUAN NEGARA



Sejak mutakhir ini sinar perpaduan dan keharmonian kaum di negara kita makin suram dan kelam. Setelah sekian lama kita mempertahankan keamanan negara dan keharmonian kaum pelbagai etnik dan bangsa, hari ini terdapat segelintir manusia yang iri hati dengan perpaduan yang telah kita bina sejak awal kemerdekaan negara. Ada saja konflik perkauman yang cuba ditimbulkan oleh segolongan manusia untuk kepentingan "survival" politik mereka. 

Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama, toleransi sangat penting dalam kehidupan bagi menjamin kelangsungan sesebuah negara terus aman dan sejahtera. Toleransi bererti menghormati dan belajar dari orang lain, menghargai perbedaan, merapatkan jurang budaya , sehingga tercapainya sikap yang ideal.

Sewajarnya kita merenung kembali, pahit getir pejalanan negara kita dalam usaha menyemai benih perpaduan. Inilah antara saripati kandungan  ucapan perutusan Hari Malaysia  yang disampaikan oleh presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Bagi Datuk Seri Liow, kejayaan Malaysia hari ini bukanlah bergolek terus keriba, ada harga dan nilai yang telah dibayar oleh generasi kita terdahulu. Oleh itu seharusnya kita menghargai usaha murni mereka dengan meneruskan kejayaan ini dengan gemilang. 

Menurut beliau, kita mesti tegas dalam menangani anasir-anasir yang cuba mengeruhkan hubungan baik rakyat Malaysia yang telah lama sedia terjalin. Rakyat Malaysia perlu menolak sikap ketidaktolerasi, ekstrimisme dan perselisihan yang mengundang rasa tidak hormat antara kaum.

Sudah tentulah pemimpin yang mempunyai sikap toleransi tinggi seperti Datuk Seri Liow mempunyai pandangan yang jauh dan mahu melihat semua kaum di Malaysia hidup aman dan sejahtera. Baginya kemakmuran dan kekayaan negara wajar dikongsi bersama-sama.

Dibawah penulis sertakan perutusan Datuk Seri Tiong Lai sempena menyambut Hari Malaysia. 

Pada Hari Malaysia ini, marilah mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai.
Sesungguhnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat sebuah negara yang kian berkembang maju. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan dan diplomasi mahupun di arena sukan dan kebudayaan.
Warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.
Tidak dapat dinafikan bahawa tatkala kita berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, masih terdapat banyak yang perlu dilakukan. Kini, di saat negara kita berada di persimpangan, kita seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.
Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita.
Demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Selamat Hari Malaysia.
Datuk Seri Liow Tiong Lai 

Saturday, September 19, 2015

ETS: TREN TAMBAHAN UNTUK MEREKA YANG MERINDUI KAMPUNG HALAMAN


Warga utara yang ingin pulang ke kampung  menyambut hari raya aidiladha pada 24hb September ini berpeluang memenuhi harapan berhari raya bersama keluarga di kampung  apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat tambahan Khidmat Electric Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi balik dari KL Sentral ke Padang Besar sempena cuti sekolah dan Aidiladha. 


ETS juga bakal singgah di stesyen utama antaranya  Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Arau. 

Menurut sumber KTMB lagi, ETS tambahan akan mula bergerak dari KL Sentral seawal jam 11 pagi dan dijangkakan akan sampai di Padang Besar pada jam 4:35 petang. Manakala Tren ETS dari Padang Besar akan bertolak jam 6 petang dan dijangka tiba di KL Sentral jam 11:45 malam. 

Jika anda tidak berkesempatan untuk membeli tiket hari ini, jangan bimbang KTMB menyediakan tiket bermula hari ini, 23, 24, 25, 26 dan 27 haribulan September 2015. Jangan lepaskan peluang untuk balik berhari raya di kampung sambil menikmati kelajuan tren ETS. 

Bagi mereka yang sudah merindui kampung  bolehlah segera mendapatkan tiket Tren ETS mulai sekarang dengan menghubungi talian 1 300 88  5862. Semoga Khidmat Tren ETS menceriakan anda sekeluarga di Hari Raya Aidiladha ini.