Wednesday, November 25, 2015

JALAN BANDAR PENAWAR - KOTA TINGGI PERLU DINAIK TARAF SEGERA



Dalam perbahasan menyokong Bajet 2016 baru-baru ini, Datuk Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi memohon agar pembinaan naik taraf jalan FT 092 dari dua lorang kepada empat lorong disegerakan. Jalan tersebut menghubungkan Bandar Penawar dan Kota Tinggi. 

Menurut Datuk Ehsan, penjimatan waktu perjalanan dari 90 minit kepada 45 minit  bakal memberi impak besar buat penduduk di Kota Tinggi.  Naik taraf jalan FT 092 dari du lorong kepada empat lorong  juga bakal meningkatkan lagi pembangunan di sekitar Pengerang yang mana manfaat ini akan melimpah kepada penduduk dikawasan sekitar Bandar Penawar dan Kota Tinggi. 

Apa yang lebih penting, jalan raya yang menghubungkan dua bandar tersebut menjadi lebih mudah kepada semua pengguna. Ekoran peningkatan jumlah kenderaan yang mengunakan jalan raya tersebut maka adalah amat wajar sekali jalan raya tersebut dinaik taraf secepat mungkin.

Permintaan ini bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan dan kecelakaan dilaluan Bandar Penawar ke Kota Tinggi memandangkan peningkatan kenderaan yang melalui jalan raya tersebut. Pekara ini sudah tentu amat mengusarkan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin yang mahukan naik taraf itu segera dipercepatkan. 


Justeru itu, adalah amat wajar kerajaan memberi perhatian kepada permintaan rakyat di Kota Tinggi. Saya yakin dengan terbinanya jalan raya empat lorong dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi sebahagian masalah kesesakan jalan raya disekitar itu akan berkurangan. Perjalanan dari bandar ke bandar lebih mudah, penduduk dapat menikmati perjalanan yang selesa dengan kos perjalanan lebih murah. 

Dengan mempercepatkan pembinaan naik taraf jalan ini juga akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak dimana sektor pelancongan akan dijangkak meningkat.

Semoga semua ini akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat dikawasan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang banyak bertungkus lumus bekerja untuk rakyat.