Saturday, September 19, 2015

ETS: TREN TAMBAHAN UNTUK MEREKA YANG MERINDUI KAMPUNG HALAMAN


Warga utara yang ingin pulang ke kampung  menyambut hari raya aidiladha pada 24hb September ini berpeluang memenuhi harapan berhari raya bersama keluarga di kampung  apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat tambahan Khidmat Electric Train Service (ETS) bagi perjalanan pergi balik dari KL Sentral ke Padang Besar sempena cuti sekolah dan Aidiladha. 


ETS juga bakal singgah di stesyen utama antaranya  Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Butterworth, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Arau. 

Menurut sumber KTMB lagi, ETS tambahan akan mula bergerak dari KL Sentral seawal jam 11 pagi dan dijangkakan akan sampai di Padang Besar pada jam 4:35 petang. Manakala Tren ETS dari Padang Besar akan bertolak jam 6 petang dan dijangka tiba di KL Sentral jam 11:45 malam. 

Jika anda tidak berkesempatan untuk membeli tiket hari ini, jangan bimbang KTMB menyediakan tiket bermula hari ini, 23, 24, 25, 26 dan 27 haribulan September 2015. Jangan lepaskan peluang untuk balik berhari raya di kampung sambil menikmati kelajuan tren ETS. 

Bagi mereka yang sudah merindui kampung  bolehlah segera mendapatkan tiket Tren ETS mulai sekarang dengan menghubungi talian 1 300 88  5862. Semoga Khidmat Tren ETS menceriakan anda sekeluarga di Hari Raya Aidiladha ini. 


No comments:

Post a Comment