Saturday, August 3, 2013

PENCERAMAH TIN MILO

Sangat malang dan amat mengecewakan ....., Modal sesetengah penceramah agama berdasarkan maklumat yang dikutip daripada apa sahaja bahan yang disampai kepada mereka. ibarat kata pepatah "MEMBUJUR LALU, MELINTANG -PUKANG". Mereka seolah-olah tidak ada pendekatan ilmiah dan MINDA dalam menilai dan menapis fakta. Maka, semua yang di baca dianggap benar dan disampaikan. 
Bahkan sebuah buku palsu Dialog Nabi SAW dengan Iblis juga dipercayai. Antaranya kononnya Nabi SAW bertanya Iblis:" Apakah tempat yang paling engkau suka ? Jawab iblis "PANGGUNG WAYANG". ???
Mungkin penceramah mempunyai tujuan tertentu, namun kepalsuan adalah musuh agama Islam. 
Mana mungkin pada zaman Nabi SAW panggung wayang sudah ada. Bagaimana pula istilah ini boleh muncul ??? sudahlah cerita-cerita didalamnya tidak mempunyai sanad yang di terima, ditambah lagi dengan kebodohan jalan cerita yang boleh menyebabkan generasi yang ada akal menolak agama. 
Sedangkan itu sah-sah bukan fakta agama. AlQuran sendiri tidak menyebut peralatan senjata moden, sebaliknya meyebut kuda dan panah bagi memahamkan senjata yang terbaik ketika itu. Tidak  mungkin hadis meyebut istilah yang tidak wujud pada zaman tersebut.
Ada juga yang membawa cerita kononnya wali tertentu mampu bersolat seribu rakaat semalam. Padahal jika ditanya padanya, adakah satu malam mempunyai 1000 minit untuk dia bersolat 1000 rakaat selaju seminit satu rakaat ?
Jika diambil dari jam 8 malam sehingga 6 pagi , itu pun baru 10 jam ...bersamaan dengan 600 minit. Mampukan dia melakukan seribu rakaat ? matematik budak sekolah rendah pun dapat memikirkan pekara macam ini. 
Sedangkan Nabi Muhammad SAW menurut Aisyah r.a dalam riwayat yang sahih oleh Abu Daud dan Nasa'i bahawa  solat malam Nabi SAW tidak melebihi sebelas rakaat. 
KATA SESETENGAH SARJANA HADIS, APABILA ENGKAU MELIHAT SESEBUAH HADIS MENYANGGAHI LOGIK , MNYALAHI MANQUL DAN BERTENTANGAN DGN USUL~USUL ISLAM, MAKA KETAHUI LAH IA ADALAH HADIS PALSU.
wallahualam.

No comments:

Post a Comment