Wednesday, March 21, 2018

GUAN ENG SENDIRI CARI PENYAKIT PENYAKIT




Keghairahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengeksploitasi kanak-kanak dalam kempen politiknya nampaknya menjadi senjata makan tuan. Rakyat menyelar tindakannya tersebut yang membawa budaya politik menghasut. 

Sebenarnya kita semua sudah tahu budaya politik DAP. Mereka suka mengambil apa saja peluang asalkan memberi keuntungan kepada mereka. Tapi kali ini nampaknya tidak menjadi. Teruk Guan Eng "dibelasah" natizen di media sosial. 

Susulan daripada peristiwa itu dua NGO dan Penang Front Party (PFP) yang mahukan pihak polis menyiasat insiden ini dimana Lim Guan Eng didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan politiknya.

Rakyat dari semua golongan mahukan Guan Eng meminta maaf. Tanpa mengira apa pun fahaman politik rakyat telah menyatakan tindak bodoh Guan Eng itu melampau dan menjengkelkan. 

David Dass, Bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi menyifatkan tindak Guan Eng ni perbuatan menghasut melibatkan anak-anak kecil ini adalah perkara yang tidak boleh diterima dan menjijikkan. Satu perlakuan yang memalukan diri sendiri. “Kalau Guan Eng suka sangat menyanyi dan menari, dia boleh lakukan di media sosial bukannya di hadapan kanak-kanak. Saya minta semua pihak untuk terus mendesaknya agar memohon maaf secara terbuka,” kata David Dass lagi. 

Kita kalau nak berpolitik, berpolitiklah secara berhemah dan matang. Tidak perlulah sampai menggunakan kanak-kanak yang masih tak faham apa-apa. Sepatutnya tidak perlulah melibatkan kanak-kanak dalam pertelingkahan politik khususnya pada usia se kecil ini. Sepatutnya kita perlu mengajar mereka nilai murni hormat-menghormati dan saling menyayangi bukan budaya membenci. 

Apa yang mengecewakan lagi ada  laporan yang menyebut Guan Eng memang membawa sendiri cakera padat (CD) pada program yang didakwa dilakukan pada majlis perasmian pusat tuisyen di Pulau Pinang.

Insiden ini jelas membuktikan Guan Eng sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa meskipun dia sedar kuasa itu semakin lama semakin terhakis kerana terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi dalam pentadbiran.

Adalah lebih baik Guan Eng menumpukan perhatiannya kepada skandal Terowong Dasar Laut yang semakin hari semakin terbongkar. 

Rakyat perlu sedar budaya politik pembangkang ini hanya membawa kepada perpecahan dan kehancuran. Kita tidak mahu budaya buruk ini diwarisi oleh generasi kita pada masa akan datang. Sejak tertubuhnya DAP tidak pernah sekali mereka membawa budaya politik yang membangunkan negara.




No comments:

Post a Comment