Terlajak perahu bisa diundur, terlajak buat keputusan tanggung laa sendiri. Pepatah Melayu ini memang sesuai laa untuk pemimpin DAP yang selama ini ingat kaum Cina akan tetap menyebelahi mereka sahaja. Ya betulah, dulu mejoriti ramai yang memberi Harapan kepada DAP untuk mengambil alih negara. Namun nampaknya DAP menghancurkan Harapan mereka apabila mengangkat musuh tradisi mereka Tun Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang juga calon Perdana Menteri, Malaysia yang baru.
Haiiyaa..!!! manyak suweiii ini macam maa... Kita sudah berpuluh tahun lawan sama dia kasi dia turun dari kerusi PM, tapi ini Lim kit Siang mau kasi kerusi PM lagi sama dia. Rungut seorang penyokong DAP yang kecewa dengan keputusan pemimpin DAP.
Rata-rata kaum Cina tidak suka kepada bekas Perdana Menteri ini kerana beliau dilihat rasis dan bermulut celupar. Tapi apakan daya, pemimpin DAP sudah membuat keputusan.
Seperti yang kita tahu, tak semua pemimpin di peringkat bawahan yang sokong keputusan ini. Banyak sudah yang meletakkan jawatan dan ada juga yang dipecat gara-gara menentang keputusan ini.
Inilah yang terjadi kepada parti DAP yang kononnya begitu demokratik, tetapi tidak boleh dikritik langsung.
Bagi sesetengah ahli dan penyokong, DAP telah menjual maruah parti itu kepada bekas Perdana Menteri sehinggakan sanggup mengetepikan logo roket yang menjadi kebanggaan mereka selama ini. Maruah mereka bagaikan di injak-injak oleh Mahathir.
Manakala ahli dewan undangan negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang telah keluar dari DAP, menyertai parti baru dan bakal bertanding menentang calon DAP. Padanya DAP dibawah Dinasti Lim telah rosak teruk dan kacau bilau.
Berbeza sekali dengan parti MCA yang dilihat begitu progesif dalam membantu masyarakat setempat. Memang betul MCA jarang membuat kenyataan politik kerana mereka lebih suka membantu rakyat di bawah, bukan sibuk aktif di media sosial dan membuat kenyataan-kenyataan mencari popular.
Rakyat bukan nak dengar cerita kosong, mereka mahu dibantu dan mendengar keluh kesah mereka.
Justeru itu dalam pilihanraya kali ini manifesto khas MCA tekab membela rakyat dari semua peringkat terutama belia. MCA bertekad mahu memperkasakan belia dan wanita sebagai pembuat keputusan di semua peringkat negeri persekutuan dan politik.
Rakyat mahu peluang pekerjaan dan perniagaan, bukan nak dengar cerita yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan mereka. Maka sebab itu juga MCA dalam manifestonya bertekad untuk menawarkan peluang pekerjaan dan latihan kerja untuk membangunkan kemahiran keusahawanan serta membuka peluang perniagaan baru sejajar dengan TN50.
Bagi kaum cina hari ini, biarlah DAP dengan cita-cita mereka yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Kerakusan mereka ingin berkuasa sehinggakan menganiaya ahli parti sendiri dilihat terlalu terdesak dan kotor.
Rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina seharusnya melihat kekusutan mereka ini sebagai satu ikitbar bahawa Malaysia tidak mungkin terbina dan maju dengan golongan manusia yang tidak menghargai kawan dan penyokong-penyokong.
No comments:
Post a Comment