Saturday, April 28, 2018

MASYARAKAT CINA KEMBALI




Kebangkitan masyarakat Cina pada hari penamaan calon Barisan Nasional hari ini menunjukkan mereka tidak boleh lagi diperdaya oleh pembangkang. Mereka di lihat menunjukkan sokongan kepada Calon BN tanpa berbelah bagi lagi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengajaran yang ditimba oleh mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu memberi mereka banyak kesedaran bahawa mereka perlukan wakil dalam barisan kabinet. 

Pengundi Cina kali ini tentu sedar adalah lebih baik bekerjasama dan memberi sokongan kepada BN. Mereka kini optimis BN akan mencatat kejayaan yang lebih baik pada PRU kali ini. 

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Barisan Nasional komited terhadap parti berasaskan kaum Cina seperti MCA, GERAKAN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, (SUPP) dalam BN. 

"Saya harap parti komponen Bn yang mewakili masyarakat Cina akan menang banyak kerusi pada PRU - 14 ini kerana kita perlukan suara mereka", kata Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment