Saturday, April 21, 2018

PILIH PARTI YANG MEMBAWA KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN NEGARA



Kita semua sedar dengan nikmat kesejahteraan dan keamanan ini, negara dapat menikmati kemakmuran dan kemewahan. Sebagai rakyat kita tentulah inginkan sebuah negara yang aman dan sejatera. Disamping dapat mencari rezeki dengan mudah,kita juga dapat mewariskan kepada generasi kita kekayaan dan keamanan negara.

Oleh itu sewajarnya kita menolak extreminist dan cauvinisme. Kita mahu hidup aman damai dan sejahtera untuk semua bangsa. Keamanan dan kesejahteraan ini perlu kita kekalkan selama-lamanya. 

Justeru itu kita perlu memilih sebuah kerajaan yang mampu membawa negara kita ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan hidup. Kita perlukan kepimpinan yang bersatu padu dan bekerjasama. Kepimpinan yang mengambarkan satu masyarakat Malaysia bukannya hanya kepimpinan satu kaum sahaja dan juga kepimpinan yang serius menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Perkara ini diingatkan oleh Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak, yang mengajak rakyat menolak parti yang pemimpinnya tercalit dengan rasuah dan salah guna kuasa. Kepimpinan DAP merosot bagaikan hilang arah tuju. Kepimpinan DAP tidak lagi dipercayai oleh ahli sendiri sehinggakan bekas Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau meminta pemimpin DAP yang didakwa atas kesalahan rasuah mengundur diri dan melepaskan jawatan dengan segera. 

Mengapa perlu parti dibebankan  dengan salah laku yang mereka buat ? Bahkan beliau mengesa masyarakat berpegang teguh kepada prinsip asalkan bukan korup (ABC). 

Ramai sudah ahli DAP dan juga bekas ahli DAP yang di pecat meluahkan rasa tidak puashati mereka kepada kepimpinan yang terbabit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa. 


No comments:

Post a Comment