Agak membimbangkan juga apabila masalah kelewatan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang kerap berlaku dan berulang sehinggakan menyusahkan pengguna. Sudah tentulah akan timbul masalah kelewatan dan banyak perkara yang tergendala,dan pekara seperti ini tidak boleh dibiarkan tanpa ada jalan pernyelesaian.
Justeru itu pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mendapatkan dua set tren baru yang dijangka beroperasi pada akhir tahun ini. Antara sebab berlaku kelewatan ETS ini adalah akibat daripada kerosakan pada tren dan bekalan elektrik yang terputus. Masalah ini akan dipulihkan sepenuhnya mulai Novemberr 2019 apabila sembilan tren beroperasi sepenuhnya.
Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri. Menurutnya lagi KTMB akan membeli sembilan set tren baru bagi menyelesaikan masalah kelewatan ETS. Sehingga kini dua tren telah tiba dan dijangka akan beroperasi pada Disember tahun ini.
"Dengan adanya tren baharu ini dan menambah baik gerabak sedia ada, masalah dihadapi ETS dari segi kekerapan akan diperbaiki. KTM mahu berikan lebih keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Bagi penambahan sembilan unit itu, kita peruntukkan sekitar RM540 juta dan kini dalam proses pembuatan di China.
Soo Seang bertanya mengenai rancangan kerajaan memperbaiki dan mempertingkatkan khidmat ETS yang sering berlaku kelewatan jadual, kerosakan gerabak dan terputus bekalan elektrik.
Nancy berkata, mulai bulan ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengeluarkan jadual perjalanan ETS sepanjang bulan ini untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat waktu sebenar.
"Apabila ada jadual perjalanan secara waktu sebenar ini, ia diharap dapat membantu pengguna merancang perjalanan seperti hendak menghadiri mesyuarat.
"Kita juga mempunyai laman sesawang yang menyediakan jadual perjalanan ETS untuk kemudahan pengguna," katanya menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).
No comments:
Post a Comment