Dunia semakin hari semakin pesat berkembang dengan teknologi terkini. Sikap dan pemikiran manusia pun berubah mengikut perkembangan semasa dunia. Jika ada yang leka dan alpa, mereka akan ketinggalan dan terus terkebelakang.
Begitu juga dengan perkembangan pengangkutan awam hari ini. Perubahan teknologi dalam pengangkutan awam juga berlaku perubahan yang drastik. Mereka yang masih mengekalkan cara tradisional akan terus ketinggalan dan lenyap ditelan zaman. Begitu juga di negara kita Malaysia, kerajaan begitu amat prihatin terhadap suara rakyat termasuk mereka yang minoriti.
Belum pernah ada di dalam dunia ini satu kerajaan yang begitu mengambil berat terhadap pemandu teksi seperti mana yang kerajaan kita lakukan. Walau pelbagai kecaman pemandu teksi terhadap kerajaan, namun tidak sedikit pun kerajaan membiarkan pemandu teksi terkontang kanting dalam arus permodenan negara.
Justeru itu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800 setiap orang.
Apa sebenarnya kegunaan Kad Bantuan ini ? Kad Bantuan Teksi 1Malaysia ini yang bernilai RM800 boleh digunakan untuk mengisi semula tangki dengan petrol atau NGV di seluruh negara. Kad Bantuan Teksi 1Malaysia juga turut didatangkan dengan perlindungan insurans peribadi dari Mesra-AXXESS yang merangkumi jumlah pampasan sehingga ke RM50,000.
No comments:
Post a Comment