Saturday, May 26, 2018

WALAUPUN BUBAR PERANAN SPAD WAJAR DITERUSKAN




Rabu lalu telah Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tugas-tugas yang dijalankan suruhanjaya itu sebelum ini dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan. Perkara ini diambil perhatian oleh mantan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed hamid Albar yang begitu komited ketika bertugas sebagai pengerusi SPAD.  

Walaupun SPAD bakal dibubarkan tidak lama lagi, namun peranan yang pernah dimainkan oleh agensi ini perlu diteruskan bagi meneruskan tranformasi pengangkutan awam dilaksanakan dengan jayanya. 

Begitulah harapan bekas Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang berharap peranan SPAD dalam merancang strategi bagi memperkasakan lagi pengangkutan awam di dalam negara. 

Beliau juga merasa lega apabila mendapat tahu nasib kakitangan SPAD terbela apabila mereka semua akan diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau berharap agar peranan yang dimainkan oleh SPAD dapat diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan..


Selain SPAD, turut dibubarkan adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara.

Sejak SPAD di tubuhkan pada tahun 2010 selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 diluluskan oleh Parlimen, SPAD telah berjaya merangka setiap sudut bagi mengerakkan satu sistem pembaharuan bagi pengangkutan awam negara.

Sahingga kini SPAD belum menampakkan kegagalan mereka melaksanakan setiap plan pembangunan yang di cadang dan di impikan oleh kerajaan sebelum ini yang mahukan SPAD merangka satu sistem bersepadu bagi pengangkutan awam dengan tujuan menyamai sistem pengangkutan di negara maju yang lain.


No comments:

Post a Comment