Semalam dunia perkhidmatan e-hailing digejutkan dengan pengumuman pengambilalihan operasi Uber Asia Tenggara oleh Grab. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama dan Ketua Eksekutif Grab, Anthony Tan menganggap pengambilalihan itu merupakan satu permulaan baru.
Pengambilalihan ini sedikit sebanyak akan mengubah lanskap pengangkutan awam di Lembah Klang khususnya. Begitulah resam dunia tidak ada yang akan kekal berdiri mengah selama-lamanya.
Syarikat Teksi sewajar melihat perubahan dari sudut yang lebih positif. Dunia hari ini berubah dengan pantas, siapa yang menunggu akan terus ketinggalan dan hilang dalam arus permodenan. Tidak selama-lamanya mereka akan terus dilindungi. Mereka seharusnya bergerak pantas bersama arus teknologi terkini ajar tidak ketinggalan dan terus hilang.
Adakah pengabungan dua syarikat pengangkutan ini akan membawa perubahan dalam indutsri pengankutan awam di negara kita, sama-samalah kita lihat keputusannya nanti.
Dalam pada itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataan medianya hari ini memberitahu pihaknya akan terus memantau dan menyelia sektor e-hailing berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.
Bagi memastikan hak pengguna terjamin di bawah gabungan Grab-Uber, pihak SPAD akan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysia Competition Commission) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang relevan agar pengguna dilindungi daripada amalan yang tidak adil.
Pada masa yang sama, SPAD akan memastikan bahawa industri teksi dan e-hailing akan beroperasi dan bersaing secara adil di bawah inisiatif Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme dan daya saing teksi konvensional.
No comments:
Post a Comment