Showing posts with label KTM Berhad. Show all posts
Showing posts with label KTM Berhad. Show all posts

Saturday, October 29, 2016

KUKUHKAN IKATAN PERPADUAN - LIOW TIONG LAI


Setiap kali musim perayaan, rakyat Malaysia samada Melayu, India atau Cina meraikan bersama-sama dengan penuh semangat perpaduan dan suasana harmoni.

Termasuklah pada perayaan Deepavali kali ini, semua rakyat sama-sama sibuk merancang samaada untuk bercuti atau bertandang ke rumah rakan-rakan yang berketurunan India. 

Inilah keindahan dan kenikmatan dari keamanan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta. Keamanan ini tidak dicapai dengan mudah jika rakyat tidak bersatu padu dan saling faham memahami.

Oleh itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan hari Deepavali kali ini mengingatkan akan peri pentingnya perpaduan, keharmonian agar keamanan yang dinikmati hari ini terus berkekalan. 

Beliau mengesa agar rakyat menolak budaya ektreminist yang cuba dibawa dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Beliau juga mengucapkan selamat Hari Deepavali pada penganut agama Hindu di Malaysia, katanya " Pesta Cahaya mengingatkan bahawa kita sentiasa menuju kejayaan (cahaya) dalam kegelapan". 

Sebagai Menteri Pangangkutan, Liow berharap rakyat Malaysia yang bercuti sentiasa berhati-hati dan patuhi undang-undang di jalan raya. 




Monday, January 25, 2016

2 JUTA PENUMPANG SASARAN KTM TAHUN 2016



Baru-baru ini Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar sudi merasmikan KTM ETS Platinum yang diadakan di Station Sentral Kuala Lumpur. Turut hadir sama Pengerusi KTM Berhad Datuk Nawawi Ahmad dan Presidennya Datuk Sarbini Tijan.

Pada acara perasmian tersebut turut dilancarkan juga aplikasi KTMB-Mobticket. Aplikasi ini sangat berguna dan bermanfaat kerana pelanggan dapat menempah tiket secara online. 


Aplikasi yang mula diperkenalkan awal disember 2015 telah mempunyai lebih kurang sejuta pengguna. Ini menunjukkan keberkesanan aplikasi ini dalam membantu pengguna seharian.


Dalam majlis yang sama juga Presiden KTM, Datuk Sarbini Tijan melahirkan keyakinannya KTM dapat memenuhi sasaran dua juta penumpang bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tahun ini. Keyakinan beliau ini berasaskan dari 12 perkhidmatan tren baharu yang diperkenalkan bulan ini.


Menurut Sarbini, beliau yakin perkhidmatan terbaru ini mampu meningkatkan kapasiti penumpang ETS dari 6000 penumpang sehari kepada 13000 penumpang sehari. 

KTM merancang penambahbaikan perkhidmatan ETS  dari segi faktor masa perjalanan yang singkat, meningkat keselesaan penumpang, ditambah dengan pelbagai promosi  yang menarik akan merancakkan lagi peningkatan jumlah penumpang ETS.

Antara 12 perkhidmatan baru ETS yang mula diperkenalkan KTM termasuklah sembilan perkhidmatan jenis 'gold' bagi perjalanan ke Ipoh dan Butterworth, serta tiga perkhidmatan jenis 'platinum disamping memperkenalkan insentif terbaru termasuklah menawarkan promosi  menarik setiap kali musim perkataan. 

Dalam pada masa yang sama, KTM akan meningkat kan lagi sistem keselamatan dari semasa ke semasa untuk keselamatan penumpang. Ini termasuklah mengunakan perkhidmatan unit anjing K-9 dan menempatkan anggota keselamatan tanpa uniform disetiap tempat termasuk didalam tren.