Monday, January 25, 2016

2 JUTA PENUMPANG SASARAN KTM TAHUN 2016



Baru-baru ini Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar sudi merasmikan KTM ETS Platinum yang diadakan di Station Sentral Kuala Lumpur. Turut hadir sama Pengerusi KTM Berhad Datuk Nawawi Ahmad dan Presidennya Datuk Sarbini Tijan.

Pada acara perasmian tersebut turut dilancarkan juga aplikasi KTMB-Mobticket. Aplikasi ini sangat berguna dan bermanfaat kerana pelanggan dapat menempah tiket secara online. 


Aplikasi yang mula diperkenalkan awal disember 2015 telah mempunyai lebih kurang sejuta pengguna. Ini menunjukkan keberkesanan aplikasi ini dalam membantu pengguna seharian.


Dalam majlis yang sama juga Presiden KTM, Datuk Sarbini Tijan melahirkan keyakinannya KTM dapat memenuhi sasaran dua juta penumpang bagi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tahun ini. Keyakinan beliau ini berasaskan dari 12 perkhidmatan tren baharu yang diperkenalkan bulan ini.


Menurut Sarbini, beliau yakin perkhidmatan terbaru ini mampu meningkatkan kapasiti penumpang ETS dari 6000 penumpang sehari kepada 13000 penumpang sehari. 

KTM merancang penambahbaikan perkhidmatan ETS  dari segi faktor masa perjalanan yang singkat, meningkat keselesaan penumpang, ditambah dengan pelbagai promosi  yang menarik akan merancakkan lagi peningkatan jumlah penumpang ETS.

Antara 12 perkhidmatan baru ETS yang mula diperkenalkan KTM termasuklah sembilan perkhidmatan jenis 'gold' bagi perjalanan ke Ipoh dan Butterworth, serta tiga perkhidmatan jenis 'platinum disamping memperkenalkan insentif terbaru termasuklah menawarkan promosi  menarik setiap kali musim perkataan. 

Dalam pada masa yang sama, KTM akan meningkat kan lagi sistem keselamatan dari semasa ke semasa untuk keselamatan penumpang. Ini termasuklah mengunakan perkhidmatan unit anjing K-9 dan menempatkan anggota keselamatan tanpa uniform disetiap tempat termasuk didalam tren. 



No comments:

Post a Comment