Showing posts with label Datuk Noor ehsanuddin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Noor ehsanuddin. Show all posts

Wednesday, April 20, 2016

GENERASI Y KURANG MEMAHAMI PENGURUSAN KEWANGAN



Ramai anak rakyat Malaysia terutamanya golongan anak muda menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan mereka. Keadaan ini berlaku apabila ramai diantara mereka meminjam wang dari institusi kewangan seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman perniagaan. 

Anak Muda berumur bawah 40 didapati bukan sahaja lemah dalam menguruskan kewangan, tetapi kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan terutama dalam aspek berkaitan kredit dan hutang, pengurusan risiko, pelaburan dan kewangan Islam. 


Ada juga sesetengah dari mereka yang telah di "blacklist" oleh bank dan ada yang di isytiharkan bankrup. Inilah akibatnya jika hidup mengamalkan budaya berhutang melebihi pendapatan hingga menyusahkan diri dan keluarga. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk membuat pinjaman perumahan, kereta dan pelaburan. 


Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ketika  menghadiri Program Gempak Keluarga Felda di Felda Lok Heng Barat Johor, masalah anak muda seperti ini perlu kita bantu bagi memudahkan mereka keluar dari permasalahan ini dengan segera. Bahkan ada diantara mereka yang tidak dapat membeli rumah , kenderaan dan pelaburan. Kita perlu bantu mereka mencari jalan keluar dari permasalahan ini. 

Generasi Y hari ini sering terkeliru apabila berkait soal kewangan mereka terutama hutang, kad kredit, perumahan dan simpanan hari tua mereka. Bahkan mereka mempunyai pengetahuan kewangan yang rendah berkenaan kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko. 


Kesannya mereka tidak mampu mencapai kesenangan dan kekayaan kerana sering berhadapan dengan bebanan kewangan yang berpunca dari ketidakupayaan menguruskan bajet dan merancang kewangan yang baik.


Dalam pada itu Datuk Ehsan menyarankan juga agar anak muda menyahut seruan kerajaan bagi memenuhi keperluan industri dalam bidang-bidang kemahiran. Generasi muda hari ini perlu melengkapkan diri dengan kemahiran. Pelbagai insentif yang telah kerajaan sediakan untuk anak muda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran-kemahiran tertentu. 


Sewajarnya anak muda hari ini perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran kerana kita tidak tahu apa tuntutan pekerjaan dimasa akan datang.    








Thursday, March 17, 2016

FELDA PERLU JADI KUASA EKONOMI TERBESAR



"Tidak ada noktah dalam perjuangan ini, Felda perlu menjadi sebuah Social Economic Power House."

 Kata-kata semangat ini dilafazkan oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Najib Tun Razak ketika  berucap melancarkan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), buku kesejahteraan Adiwangsa Felda, Tabung Misi Kemanusiaan Wada-Kemboja dan Program Prihatin Jantung Anda di Menara Felda baru-baru ini.

Turut hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Presiden KAF, Fakhrurrazi Mohd. Habib.

Perjuangan Felda sejak penubuhannya telah merentasi masa dan generasi. Perdana Menteri juga mahu Felda ini menjadi penjana kuasa politik kepada kerajaan.

Memang terbukti, warga Felda sejak dahulu lagi telah memberi sokongan dan dokongan kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga kini.  Sewajarnya usaha ini perlu berterusan agar dan diperkukuhkan lagi.

Warga Felda kena ingat, hanya kerajaan Barisan Nasional yang membela nasib mereka. Jangan haraplah mereka yang membuat perhimpunan BERSIH, yang sibuk dengan Deklarasi Rakyat akan memikirkan kebajikan  Felda.

Perjuangan Felda ini bukan setakat ini sahaja, sebab tu kita buat Felda Global Ventures (FGV) dan lain-lain lagi bagi memastikan nikmat dan manfaat Felda dikecapi oleh generasi kedua, ketiga serta seluruh rakyat.

Felda perlu kita jayakan sehingga menjadi pemangkin kekukuhan ekonomi Felda bukan sahaja untuk hari ini bahkan sehingga ke genarasi akan datang. Felda juga boleh menjadi kekuatan kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.

Kita perlu jadikan Felda sebuah kuasa ekonomi besar yang boleh mempertahankan ekonomi orang Melayu. Perkukuhan dan mantapkan kuasa ekonomi Felda bermakna adalah tempat bergantung orang Melayu dimasa hadapan. 

Dalam pada itu orang Melayu terutama generasi kedua dan ketiga Felda janganlah lupa kepada jasa generasi terdahulu mengusahakan tanah Felda. Bukan senang ! Bukan sesenang sekarang. Jika kita berada dizaman mereka, melihat jerit perih usaha mereka menjayakan  Felda seperti sekarang. Kita akan mengalir air mata kesyukuran.


Penulis sendiri pernah melihat generasi terdahulu mengusahakan tanah Felda. Tidak mampu hendak mengucapkannya, melainkan merasa teramat bersyukur kepada Allah.

Janganlah hendaknya generasi hari ini mensia-siakan ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui Felda. Ingatlah Felda ini adalah usaha jerit perih bangsa kita.

PERTAHANKANNYA HABIS-HABISAN.











Tuesday, March 15, 2016

DATUK EHSANUDDIN BONGKAR FAKTA YANG DIKELIRUKAN RAFIZI


Seperti sebuah siri drama, fitnah Rafizi juga bersiri dan penuh dengan episod yang tidak pernah habis. Macam Sinetron cerita Indon, ada saja asbab untuk buat cerita itu berjela-jela.

Apa yang Rafizi tak pernah fitnah ? Dari cincin 24 juta, Lembu di kondo,
40 ribu bangla , blackout punca PKR kalah dan antara yang terbaru sehingga buat orang sudah mula hilang  kepercayaan ialah apabila menuduh Tabung Haji rugi.

Apabila Tabung Haji mengumumkan keuntungan RM3.23 bilion dengan memberi dividen 5 peratus ditambah 3 peratus untuk pendeposit yang belum' menunaikan haji, Rafizi mulai gelabah. Fakta yang digunakannya menjadi pedang yang menikamnya semula.

Yang lebih malang mereka yang mengeluarkan semua deposit mereka dalam Tabung Haji hilang kelayakan meraih keuntungan ini,sedangkan Rafizi masih mengekalkan depositnya didalam Tabng Haji dan menikmati dividennya.

Tiada pilihan lain bagi membersihkan saki baki najis yang terpalit hasil dari pembohongan dan fitnahnya, Rafizi mengunakan Dewan yang mulia bagi mengelirukan Ahli Dewan dan rakyat dengan fakta yang jauh dari kebenaran.

Rafizi membayangkan akan kelemahan pengurusan kewangan Tabung Haji seolah-olah semua perniagaan yang disetai Tabung Haji mengalami kerugian. Menurutnya Tabung Haji berjaya mencatat keuntungan kerana pertambahan jumlah simpanan dari penabung, bukannya dari pelaburan perniagaan yang disertai oleh Tabung Haji.

Padahal seperti yang saya sebutkan diatas Tabung Haji telah memberi dividen sebanyak 5 peratus dengan tambahan bonus 3 peratus bagi pendeposit yang belum melaksanakan haji pada tahun 2015. Inilah kata kunci yang rakyat perlu sedar dan lihat dengan mata hati yang bukan dengan persepsi seperti yang dilemparkan oleh Rafizi.

Rafizi cuba mendramakan keuntungan Tabung Haji dengan mengaitkan peningkatan tabungan oleh pendeposit Tabung Haji. Mungkin pada pendapatnya Ahli Dewan dan Rakyat ini dunggu dan boleh 'dperkadukan' olehnya sesuka hati.

Menyedari permainan jahat Rafizi, MP Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin sedar kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Rafizi perlu ditangkis segera agar rakyat tidak terus dicelarukan oleh fakta-fakta Rafizi yang tidak tepat dan berasas.
 
Datuk Ehsan  menangkis tohmahan Rafizi yang  cuba mengambarkan Tabung Haji sentiasa mengalami kerugian akibat dari pengurusan Tabung Haji yang tidak cekap dan lemah dengan mempersoalkan kenapa beliau menyembunyikan kejayaan Tabung Haji memperolehi keuntungan melebihi dari kerugian? Rafizi juga tidak membentangkan angka-angka kewangan dari Laporan Tahunan Tabung Haji yang mencatatkan keuntungan.

Menurut Datuk Ehsan adalah pekara biasa bagi sesuatu perniagaan itu untung dan rugi, tidak semua perniagaan akan sentiasa untung, ada masanya akan rugi. Namun apa yang dilakukan Rafizi adalah menyembunyikan kebenaran. Dalam 50 portfolio, hanya 10 sahaja mengalami kerugian, 40 lagi menunjukkan  keuntungan tapi itu yang cuba disembunyikan oleh Rafizi. Jelas Rafizi cuba mengelirukan dewan.

Tabung Haji juga memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun kepada pendepositnya. Bukankah itu menunjukkan sesuatu yang positif ? Tidak ada sesuatu yang mencurigakan dalam urus pentadbiran dan kewangan Tabung Haji. Rafizi sebenarnya gagal mempertahankan hujahnya.

Saya tidak fikir ini lawak terbaru Rafizi setelah episod drama Cincin 24 juta yang dicanangnya terburai. Ini merupakan satu lagi kegagalannya dalam menyerang kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Rafizi perlu sedar, kegagalannya membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan secara melulu dan sembrono bukan sahaja akan memberi kesan kepada kerusi parlimen Pandan yang disandangnya sekarang bahkan akan memberi impak yang negatif kepada kekuatan PKR dalam PRU 14 akan datang.

Apatah lagi kedengaran kepimpinan tinggi PKR tidak berapa gemar dengan cara Rafizi menguruskan beberapa isu besar sehingga mengikis kepercayaan rakyat kepada PKR.

Rafizi perlu berhenti menerusan kegemarannya menfitnah.

Sunday, February 14, 2016

PLKN 2.0 BAKAL BERMULA 26 MAC 2016


26 Mac 2016 ini bermulanya era baru Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 dengan modul baru yang mempunyai nilai tambah yang praktikal, relevan dengan keadaan semasa.


81 kem PLKN diseluruh negara telah bersedia menerima seramai 20,000 pelatih PLKN. Menurut Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) DAtuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun, pelatih PLKN akan ditempatkan disetiap kem diseluruh negara selama 8 minggu.  "Inilah tahun pertama kita buat pengambilan di bawah Program Transformasi PLKN 2.0 dan ia hanya melibatkan satu pengambilan sahaja". 


Tujuan satu pengambilan sahaja yang dambil adalah untuk lebih memberi fokus dalam menyediakan pelatih yang lebih berkemahiran bagi memasuki fasa kedua latihan.


Sebelum ini projek perintis PLKN yang telah dilaksanakan pada Oktober tahun lepas telah menguji keberkesanan kedua-dua fasa iaitu Fasa 1 Model Pembelajaran Bersepadu dan Fasa 2 Latihan Kemahiran. Fasa 2 latihan bakal dilengkapi kemahiran latihan vokasional serta teknikal kepada peserta.


Dalam Fasa ini pelatih akan mendapat pendedahan yang lebih luas terhadap peluang kerjaya di agensi yang menawarkan latihan kemahiran antaranya Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Automotif Malaysia.


Program PLKN 2.0 ini lapan modul baru bakal diperkenalkan. Antaranya 5 modul utama dn 3 sub modul ;


Lima modul utama tersebut adalah,


1. Fit4Life

2. Tech and Talk
3. Malaysiaku
4. Be Safe Be Alert 
5. I-Upgrade

Tiga sub-modul adalah


1. Spirituality

2. My Future
3. Khidmat Komuniti

Diharap dengan semua modul yang diperkenalkan, kita dapat melahirkan pelatih yang lebih berkeyakinan, berani dan positif dalam menghadapi cabaran. Kita mahu membentuk generasi yang lebih holistik, kuat jati diri, boleh bersaing serta mempunyai nilai kebolehpasaran apabila keluar dari program ini. 

Kebanyakan para pelatih dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan prestasi mereka. Pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam bidang akedemik namum mempunyai potensi untuk maju dalam bidang kemahiran akan dipilih oleh sekolah. 

Semoga selepas mereka menimba ilmu dalam program ini, mereka lebih terbuka dan mempunyai nilai diri yang positif serta dapat berkhidmat kepada masyarakat dan negara.





  

Thursday, January 14, 2016

TAKLIMAT BENGKEL TPPA : TANGKIS PERSPEKTIF NEGATIF RAKYAT

TPPA 06












SAYA tidak sabar menunggu reaksi dan komen dari ahli parlimen pembangkang yang telah mengikut Taklimat dan Bengkel Penjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan INDUSTRI (MITI).  

Tentu ketika ini mereka sedang mencari jalan untuk mencari kelemahan dan keburukan TPPA untuk menghasut rakyat agar ragu-ragu dengan kebolehan kerajaan menguruskan penjanjian TPPA.

Namun bagi Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, taklimat dan bengkel TPPA ini akan menguatkan lagi sokongan kepada perlaksanaannya di Parlimen nanti.

Menurutnya lagi, bengkel ini mampu menangkis tanggapan buruk rakyat serta membolehkan rakyat membuat pertimbangan yang wajar demi kesejahteraan mereka dan negara.

Bagi Datuk Ehsan, inilah peluang untuk beliau dapat penerangan yang jelas serta mendapat penjelasan yang terus kepada MITI berkenaan dengan isu TPPA yang disering dikelirukan oleh pembangkang.

Segala isu yang memesongkan Pemikiran rakyat dapat dirungkaikan dengan penjelasan yang lebih terperinci dan mendalam, jelas beliau selepas menghadiri empat sesi penjelasan TPPA di bangunan MITI di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Namun bagi Pemuda Selempang Merah, buatlah apa pun taklimat penerangan kepada mereka, tetap mereka akan mencari kelemahan dan keburukan juga akhirnya.

Apa nak buat, kita tidak boleh mengubah minda negetif mereka yang sentiasa memandang buruk terhadap usaha kerajaan menagani masalah negara.

Dalam pada itu Pemuda Selempang Merah bangga kerana Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sentiasa bersemangat dan berfikiran positif setiap usaha yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Monday, December 14, 2015

PASARAN AFRIKA SASARAN FGV SETERUSNYA



Dalam usaha melebarkan lagi empayar perniagaannya Felda Global Vebtures Holdings Bhd. (FGV) sentiasa berusaha mencari peluang- peluang untuk menembusi pasaran antarabangsa. 

Kali ini FGV berhasrat mahu menembusi pasaran di Afrika Selatan. Justeru itu FGV mengunakan Gabon sebagai pintu masuk ke Afrika. Ini berikutan terdapat lebihan permintaan produk berasaskan sawit di Afrika.


Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, beliau sendiri akan ke Gabon untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan kerajaan negara tersebut bagi mengadakan perbincangan dan menilai potensi pelaburan disana. 

Menurutnya lagi pasaran Afrika  yang luas menjadi keutamaan FGV memasarkan produk-produk hilirannya. Dan jika diberi peluang FGV sedia melabur secara fizikal di Afrika  Selatan.  

Perbincangan dengan  Kerajaan Gabon dan Olam International Ltd. (Olam) sedang diusahakan bagi mengerakkan kerjasama samaada di Bahagian huluan atau hiliran. 

Andai ada perkembangan positif, FGV seharusnya mengambil peluang ini bagi mengandakan lagi eskport produk-produk ke Afrika.  Ketika ini FGV sedang melatih pekebun-pekebun Gabon dalam menguruskan kaedah perladangan yang baik. 

Datuk Mohd. Emir turut menambah bahawa perbincangan masih lagi diperingkat awal. Jika berjaya kemungkinan FGV akan memulakan dengan pembangunan kilang penapisan sawit atau biodiesel. 

Ketika ini FGV sedang Giat mengadakan kerjasama dengan Olam, sebuah syarikat pertanian yang berpusat di Singapura, bagi melatih pekebun-pekebun sawit Gabon dalam usaha membantu negara Afrika itu membangunkan ladang sawitnya mengikut kaedah dan konsep yang digunapakai oleh Felda.