Showing posts with label tabung haji. Show all posts
Showing posts with label tabung haji. Show all posts

Tuesday, March 15, 2016

DATUK EHSANUDDIN BONGKAR FAKTA YANG DIKELIRUKAN RAFIZI


Seperti sebuah siri drama, fitnah Rafizi juga bersiri dan penuh dengan episod yang tidak pernah habis. Macam Sinetron cerita Indon, ada saja asbab untuk buat cerita itu berjela-jela.

Apa yang Rafizi tak pernah fitnah ? Dari cincin 24 juta, Lembu di kondo,
40 ribu bangla , blackout punca PKR kalah dan antara yang terbaru sehingga buat orang sudah mula hilang  kepercayaan ialah apabila menuduh Tabung Haji rugi.

Apabila Tabung Haji mengumumkan keuntungan RM3.23 bilion dengan memberi dividen 5 peratus ditambah 3 peratus untuk pendeposit yang belum' menunaikan haji, Rafizi mulai gelabah. Fakta yang digunakannya menjadi pedang yang menikamnya semula.

Yang lebih malang mereka yang mengeluarkan semua deposit mereka dalam Tabung Haji hilang kelayakan meraih keuntungan ini,sedangkan Rafizi masih mengekalkan depositnya didalam Tabng Haji dan menikmati dividennya.

Tiada pilihan lain bagi membersihkan saki baki najis yang terpalit hasil dari pembohongan dan fitnahnya, Rafizi mengunakan Dewan yang mulia bagi mengelirukan Ahli Dewan dan rakyat dengan fakta yang jauh dari kebenaran.

Rafizi membayangkan akan kelemahan pengurusan kewangan Tabung Haji seolah-olah semua perniagaan yang disetai Tabung Haji mengalami kerugian. Menurutnya Tabung Haji berjaya mencatat keuntungan kerana pertambahan jumlah simpanan dari penabung, bukannya dari pelaburan perniagaan yang disertai oleh Tabung Haji.

Padahal seperti yang saya sebutkan diatas Tabung Haji telah memberi dividen sebanyak 5 peratus dengan tambahan bonus 3 peratus bagi pendeposit yang belum melaksanakan haji pada tahun 2015. Inilah kata kunci yang rakyat perlu sedar dan lihat dengan mata hati yang bukan dengan persepsi seperti yang dilemparkan oleh Rafizi.

Rafizi cuba mendramakan keuntungan Tabung Haji dengan mengaitkan peningkatan tabungan oleh pendeposit Tabung Haji. Mungkin pada pendapatnya Ahli Dewan dan Rakyat ini dunggu dan boleh 'dperkadukan' olehnya sesuka hati.

Menyedari permainan jahat Rafizi, MP Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin sedar kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh Rafizi perlu ditangkis segera agar rakyat tidak terus dicelarukan oleh fakta-fakta Rafizi yang tidak tepat dan berasas.
 
Datuk Ehsan  menangkis tohmahan Rafizi yang  cuba mengambarkan Tabung Haji sentiasa mengalami kerugian akibat dari pengurusan Tabung Haji yang tidak cekap dan lemah dengan mempersoalkan kenapa beliau menyembunyikan kejayaan Tabung Haji memperolehi keuntungan melebihi dari kerugian? Rafizi juga tidak membentangkan angka-angka kewangan dari Laporan Tahunan Tabung Haji yang mencatatkan keuntungan.

Menurut Datuk Ehsan adalah pekara biasa bagi sesuatu perniagaan itu untung dan rugi, tidak semua perniagaan akan sentiasa untung, ada masanya akan rugi. Namun apa yang dilakukan Rafizi adalah menyembunyikan kebenaran. Dalam 50 portfolio, hanya 10 sahaja mengalami kerugian, 40 lagi menunjukkan  keuntungan tapi itu yang cuba disembunyikan oleh Rafizi. Jelas Rafizi cuba mengelirukan dewan.

Tabung Haji juga memberi pulangan dividen yang tinggi setiap tahun kepada pendepositnya. Bukankah itu menunjukkan sesuatu yang positif ? Tidak ada sesuatu yang mencurigakan dalam urus pentadbiran dan kewangan Tabung Haji. Rafizi sebenarnya gagal mempertahankan hujahnya.

Saya tidak fikir ini lawak terbaru Rafizi setelah episod drama Cincin 24 juta yang dicanangnya terburai. Ini merupakan satu lagi kegagalannya dalam menyerang kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Rafizi perlu sedar, kegagalannya membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan secara melulu dan sembrono bukan sahaja akan memberi kesan kepada kerusi parlimen Pandan yang disandangnya sekarang bahkan akan memberi impak yang negatif kepada kekuatan PKR dalam PRU 14 akan datang.

Apatah lagi kedengaran kepimpinan tinggi PKR tidak berapa gemar dengan cara Rafizi menguruskan beberapa isu besar sehingga mengikis kepercayaan rakyat kepada PKR.

Rafizi perlu berhenti menerusan kegemarannya menfitnah.

Friday, May 8, 2015

Politik Dungu



1.Kita agak kesal dan berasa lucu dengan  banyak  pihak termasuk pemimpin politik daripada  BN dn PR yang mengelirukan orang ramai dan rakyat dengan membuat tanggapan bahawa kerajaan telah mengambil wang deposit pencarum tabung haji utk membeli hartanah 1MDB.

Perbuatan menipu rakyat dan mengelirukan orang ramai adalah 1 perbuatan yg amat keji dan jijik dan juga menyerlahkan kebodohan dan kedunguan pihak pihak itu.

2.Hakikatnya.,1 sen pun wang pencarum tabung haji tidak diusik ataupun digunakan oleh Tabung Haji untuk membeli hartanah1MDB.

Ia kerana ,sejak 35 tahun lalu ,lembaga urusan tabung haji luth telah menubuhkan bnyk syarikat pelaburan utk melabur dlm pelbagai sektor ,

Oleh kerana aktiviti ekonomi yang dijana LUTH melalui anak syarikat mereka ini ,maka pencarum tabung gaji mendapat faedah dividen sebanyak 8 % setahun .

Dan oleh kerana itu juga hasil drpd pelaburan LUTH melalui anak syarikat mereka ,maka perkhidmatan dn kemudahan haji malaysia adalah yg terbaik di dalam dunia .

Segala kemudahan latihan ,penerbangan ,hotel dn pengangkutan dn kemudahan dn perkhidmatan kesihatan yg diberikan utk kegunaan bakal haji malaysia adalah yg terbaik dlm dunia.

Tidak ada negara dalam dunia ini yang memberikan layanan perkhidmatan sebaik dan sebagus seperti mana Malaysia berikan sediakan kepada bakal haji kita.

3.LUTH melalui anak syarikat nya iaitu TH properties (THP) telah selama ini melabur dlm pelbagai sektor termasuk sektor hartanah ,dn yg terbaru ialah dgn membuat pelaburab dgn membeli hartanah 1 mdb dgn harga sedikit bwh pasaran di dlm kuala lumpur.

Pelaburan tersebut ialah spt mana pelaburan TH properties selama ini dn sebelum ini dn pasukan ekonomi TH props telah mengkaji keuntungan drpd pelaburan tersebut dn mendapati ianya sgt viable dn mendatangkan keuntungan.

4.Sangat malang apabila wujud pertikaian tdk logik tentang harga yg dibyr THP yang dikatakan sangat mahal sdgkan ianya adalah harga pasaran semasa.

Mereka mengatakan 1MDB telah mendapatkan tanah tersebut dgn harga murah drpd kerajaan dn 1MDB tdk sepatutnya menjual mahal kpd THP,

Pertikaian yg tidak logik ini sangat melucukan kerana aktiviti komersial antara 1 mdb dn TH props adalah 1 aktiviti perniagaan dan amat tidak logik kita menjual barangan kita dgn harga murah walaupun kita mendapatkannya secara murah kerana kita menjual mengikut harga pasaran.

Soal apa kos kita untuk dapatkan hartanah tersebut sebelum dijual kepada pembeli bukanlah soal pembeli,apa yg penting ialah pembeli tdk rugi dlm pelaburan tersebut.

Ke 2 syarikat  1MDB dn THP ialah milik kerajaan dn masing masing bertaraf sebuah syarikat perniagaan spt mana syarikat syarikat perniagaan yg lain.

5.THP yang telah wujud 30 tahun lalu dan telah terlibat dgn pelbagai aktiviti sektor perniagaan mempunyai modal sendiri untuk membuat pelaburan ,dan mereka tdk perlukan apa jua dana daripada LUTH ataupun menggunakan duit pencarum untuk pelaburan mereka.

THP sebuah syarikat yg besar, kaya dan kuat dn terlibat dlm projek prestige juga memiliki hartanah dikawasan segi tiga emas kuala lumpur.

Mujurlah ,syarikat kerajaan seperti THP diberi peluang untuk mendapatkan hartanah 1MDB , daripada ianya dibeli oleh syarikat asing ataupun syarikat bukan bumiputra.

TMX