Thursday, March 17, 2016

FELDA PERLU JADI KUASA EKONOMI TERBESAR



"Tidak ada noktah dalam perjuangan ini, Felda perlu menjadi sebuah Social Economic Power House."

 Kata-kata semangat ini dilafazkan oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Najib Tun Razak ketika  berucap melancarkan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), buku kesejahteraan Adiwangsa Felda, Tabung Misi Kemanusiaan Wada-Kemboja dan Program Prihatin Jantung Anda di Menara Felda baru-baru ini.

Turut hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Presiden KAF, Fakhrurrazi Mohd. Habib.

Perjuangan Felda sejak penubuhannya telah merentasi masa dan generasi. Perdana Menteri juga mahu Felda ini menjadi penjana kuasa politik kepada kerajaan.

Memang terbukti, warga Felda sejak dahulu lagi telah memberi sokongan dan dokongan kepada kerajaan Barisan Nasional sehingga kini.  Sewajarnya usaha ini perlu berterusan agar dan diperkukuhkan lagi.

Warga Felda kena ingat, hanya kerajaan Barisan Nasional yang membela nasib mereka. Jangan haraplah mereka yang membuat perhimpunan BERSIH, yang sibuk dengan Deklarasi Rakyat akan memikirkan kebajikan  Felda.

Perjuangan Felda ini bukan setakat ini sahaja, sebab tu kita buat Felda Global Ventures (FGV) dan lain-lain lagi bagi memastikan nikmat dan manfaat Felda dikecapi oleh generasi kedua, ketiga serta seluruh rakyat.

Felda perlu kita jayakan sehingga menjadi pemangkin kekukuhan ekonomi Felda bukan sahaja untuk hari ini bahkan sehingga ke genarasi akan datang. Felda juga boleh menjadi kekuatan kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.

Kita perlu jadikan Felda sebuah kuasa ekonomi besar yang boleh mempertahankan ekonomi orang Melayu. Perkukuhan dan mantapkan kuasa ekonomi Felda bermakna adalah tempat bergantung orang Melayu dimasa hadapan. 

Dalam pada itu orang Melayu terutama generasi kedua dan ketiga Felda janganlah lupa kepada jasa generasi terdahulu mengusahakan tanah Felda. Bukan senang ! Bukan sesenang sekarang. Jika kita berada dizaman mereka, melihat jerit perih usaha mereka menjayakan  Felda seperti sekarang. Kita akan mengalir air mata kesyukuran.


Penulis sendiri pernah melihat generasi terdahulu mengusahakan tanah Felda. Tidak mampu hendak mengucapkannya, melainkan merasa teramat bersyukur kepada Allah.

Janganlah hendaknya generasi hari ini mensia-siakan ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui Felda. Ingatlah Felda ini adalah usaha jerit perih bangsa kita.

PERTAHANKANNYA HABIS-HABISAN.