Tuesday, February 6, 2018

HANCUR PULAU PINANG DIKERJAKAN DAP



Sepanjang dua penggal Pulau Pinang di tadbir oleh kerajaan DAP sewajarnya telah membuka mata rakyat betapa kucar-kacirnya mereka menguruskan sebuah negeri yang kecil ini. Boleh kita sifatkan pentadbiran mereka penuh dengan huru-hara da nmenyusahkan rakyat.

Itu belum masuk bab janji-janji mereka kepada rakyat, kelentong dan menipu rakyat. Janji nak hapuskan tol bukan saja tidak dilaksanakan, bahkan caj tol pula dinaikan. Belum masuk bab cukai, air dan lain-lain caj yang dinaikan sesuka hati mereka.

DAP walaupun hanya 10 tahun memerintah, huru-hara jadinya. Tak habis-habis de­ngan pelbagai isu. Ini menunjukkan mereka tidak cekap dan amanah dalam menjalankan tugas sebagai pentadbir.

Jika ditegur pentadbirannya bermasalah sehingga membawa penderitaan kepada rakyat dan kemusnahan pada negeri, Ketua Menteri Negerinya Lim Guan Eng pasti akan melenting dan membidas kembali pihak yang mengkritiknya.

Apabila banjir luar biasa yang melanda sebelum ini, di tuduh kerajaan persekutuan lambat memberi bantuan. Dia pura-pura lupa punca banjir adalah dari projek kerajaan negeri yang tidak mengikut nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar. 

Kononnya dahulu jika DAP memerintah Pulau Pinang, bagi masa kepadanya 2 tahun, masalah banjir akan selesai. Ini sudah lebih 10 tahun laa, apa yang sudah selesai ? 

Pada November 2017, Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria yang juga Pakar saliran dari Universiti Sains Malaysia telah memberi amaran bahawaPulau Pinang mungkin akan dilanda  banjir yang lebih buruk. 

Beliau menjelaskan banjir yang melanda Pulau Pinang adalah banjir kilat dan bukan banjir monsun seperti yang dianggap oleh orang ramai. Antara sebab berlakunya banjir adalah berpunca dari pembangunan yang tidak terkawal dan terancang. Rekod Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyebut Pulau Pinang sudah dilanda 119 banjir kilat sejak 2013.

Di segi politik pula, Ketua Menterinya sendiri terpalit dengan pelbagai skandal yang memalukan. Sehinggakan ahli-ahli partinya mahukan Lim Guan Eng turun dari kerusi Ketua Menteri. Namun apa yang malang, mereka yang berani menentangnya akan mengalami nasib yang gelap dalam politik. 

Ahli Parlimen Kepong , DAP Dr Tan Seng Giaw melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau menulis 4 perkara ditulis dalam Bahasa Malaysia dan English apa yang hilang di Pulau Pinang:

Pertama adalah keadaan pantai yang berubah, Kedua adalah kehijauan di Balik Pulau, Ketiga adalah populasi penduduk berjumlah 850,000 yang memerlukan rumah dan Keempat adalah peluang pekerjaan. 

Jelas sekali pemimpin veteran ini begitu kecewa dengan kepimpinan DAP sekarang yang begitu berbeza sekali setelah mempunnyai kuasa dalam tangan. 

Walaupun masih baru berkuasa di Pulau Pinang, pemimpin DAP hari ini penuh dengan skandal rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gagal menguruskan negeri dengan berkesan. 

Setelah dua penggal berjaya mentadbir Pulau Pinang DAP telah menunjukkan bahawa mereka masih lagi bermentalitikan pembangkang, bukannya pentadbir, itulah antara punca kegagalan mereka. 




No comments:

Post a Comment