Tuesday, February 6, 2018

HATI INI AKAN SELALU MERINDUI MU SEPANJANG HAYAT



Hatinya kini terasa kosong, setiap kali ia memandang kerusi dan meja hatinya terasa amat sedih, terlalu sedih dengan kematian sahabat sejatinya, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah 9 tahun. Kalau boleh dia tak mahu orang lain duduk disitu kerana kerusi itu hanyalah milik sahabatnya Nur Aina. Itulah hati seorang sahabat Putri Aine Nabihah Sofhylea.

Dia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lukut, di sini juga duduk bersebelahan Nur Aina sejak dari tahun satu menyebakan mereka berkawan rapat.

Dia hanya mengetahui kematian sahabat baiknya itu jumaat lalu ketika datang ke sekolah, kerana sebelu itu Nur Aina tidak hadir ke sekolah kerana demam.

Nur Aina selalu teman saya ke mana saja, dan kami saling bantu membantu dalam pembelajaran. Apabila dia sudah tiada hidup saya terasa kosong. Nur Aina ada memegang tangan saya seperti ingin menyatakan sesuatu, tapi apabila ditanya kenapa dia mendiamkan diri.

“Kali terakhir saya bertemu Nur Aina pada Isnin minggu lalu dan selepas itu, dia tidak datang ke sekolah. Ketika waktu rehat, Nur Aina seperti mahu mengadu sesuatu tetapi tidak berbuat demikian. “Saya pandang wajah Nur Aina dan dia kelihatan takut. Sebelum pulang dari sekolah, dia memeluk erat saya sebelum menangis sekuat hati.

Tumpuan Putri pada pelajaran asyik terganggu kerana seringkali teringat Nur Aina apabila memandang tempat duduk sahabat baiknya itu, seolah-olah Nur Aina masih disisi memandangnya. Namun untuk berpisah dari tempat duduknya sekarang tidak sekali-kali kerana itulah satu-satunya kenangan bersama arwah Nur Aina yang ada.


KEJAMNYA AYAH - DERA SEKSA ANAK SENDIRI

No comments:

Post a Comment