Kekalutan Pakatan Harapan terdedah dengan pelbagai perangai buruk pemimpinnya yang bersikap hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Rakyat bukan bodoh untuk membuat penilaian dengan sikap pemimpin begini.
Tengok sajalah di Selangor betapa teruk sekali pemimpinnya menguruskan perebutan kerusi antara mereka. Kalut, tamak, dan salling buruk sangka antara mereka. Hanya kerana kerusi untuk pilihanraya mereka jadi tak tentu hala, masing-masing nak jaga kepentingan sendiri.
Sebab itulah sesuai sangat gelaran Joker untuk parti PAN. Pemimpinnya sudahlah tak ada karisma untuk memimpin, segala keputusan pula kebanyakkan mengikut telunjuk DAP. Pada penulis PAN ini parti sayap DAP untuk pak lebai-pak lebai malang. Kemelut pemimpin Pakatan Harapan sejak beberapa hari lalu sekali gus membayangkan betapa parahnya kemelut politik yang berpunca akibat sifat tamak, dendam dan tidak ikhlas itu.
Masing-masing menaruh syak wasangka kepada Azmin sebagai Menteri Besar kerana dikatakan dia berunding secara sulit dengan PAS dalam isu Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini bagaikan api dalam sekam kepada Pakatan Harapan di Selangor. Ini menimbulkan kemarahaan puak PAN dan DAP yang merasakan Azmin sedang bermain wayang opera.
Azmin mahu kerusinya sebagai Menteri Besar di Selangor kekal dan dia sebolehnya tidak mahu berlaku pertembungan 3 penjuru dengan UMNO dan PAS, kerana resikonya bukan setakat kerusi MB sahaja akan terbang , bahkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pun boleh melayang.
Ironinya setelah kecoh satu negara dengan siri berbalas serangan hingga sudah ada kempen di media sosial ‘Pakatan Harapan Tanpa Azmin’, Menteri Besar Selangor itu hari ini putar cerita kononnya yakin masalah tersebut dapat diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.
Entah sandiwara apa cuba Mohamed Azmin momokkan kepada rakyat Selangor atau beliau sememangnya mendapat inspirasi daripada watak Joker sepertimana label PAN kepadanya, sementelah watak tersebut cukup sinonim dengan perlakuan tidak masuk akal.
Kalau benar sekalipun pergolakan dalaman antara Pakatan Harapan dapat diredakan dalam masa terdekat, rakyat sebenarnya sudah cukup matang dan celik politik, mereka sedar penyelesaian itu hanya sandiwara atau cubaan menyembunyikan masalah di bawah karpet.
Malah, tiada sebarang jaminan pergolakan sama tidak akan berulang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti seandainya Pakatan Harapan kembali memerintah Selangor dan jika ia berlaku, pastinya lebih teruk kerana masing-masing berebut kuasa pula.
Soalnya kini, berapa lama Pakatan Harapan mampu bertahan kerana sejarah penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tertendangnya Datuk Dr. Hasan Ali dan terbuangnya Pas sudah cukup membuktikan kemelut ini tidak ubah seperti bom jangka, hanya menunggu waktu untuk meledak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment